7 Barang Keperluan Haji Yang Mesti Dibawa!

Written by
|

Alhamdulillah, pada entri kali ini, kami ingin kongsikan beberapa persediaan untuk kelengkapan haji  sebagai checklist dan perkongsian untuk anda yang bakal menunaikan ibadah haji.

Bagi ibadah haji, keperluan barangan sudah semestinya lebih banyak lagi kerana tempoh masa yang panjang di tanah suci. Dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecilnya seperti mangga dan pemotong kuku juga perlu dibawa. Ini amat penting kerana walaupun barangan keperluan ini boleh didapati di tanah suci, namun di musim-musim puncak, barangan ini menjadi lebih mahal dari biasa.

Berikut kami senaraikan dahulu 10 barangan keperluan haji yang wajib anda bawa bersama!

1. Botol Spray

 

 

 

Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air. Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.

 

2. Cermin Muka Kecil

 

 

Simpan di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.

 

3. Bekas Air Travel – inflatable bottle

 

 

Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa bekas air yang mempunyai penutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi untuk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan terkena pada jemaah yang lain.

 

4. Pelembap/lip balm

 

 

Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai apabila hendak tidur malam dan siang hari. Elak daripada membeli produk pelembap yang mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram)

 

5. Tuala Kecil

 


Untuk lapik atau lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.

 

6. Sunglasses

 

 

Sekiranya masjid penuh semasa waktu zohor/asar, dan anda perlu solat di luar masjid, anda mestilah memakai ‘sunglasses’ untuk melindungi mata anda daripada cahaya matahari yang sangat terik.

 

7. Payung Lipat

 

 

Elok di sediakan. Sekiranya ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa nikmat hujan disana.

 

Ini adalah antara 7 ‘item’ yang wajib anda bawa bersama ketika menunaikan ibadah haji. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

 

Sumber: Fitrah Al Hajj

Skip to toolbar