10 Restoran Di Lembah Klang Yang ‘Best’ Untuk Bersahur

Jom bersahur di luar!

Written by
|

Di bulan Ramadan ini, mungkin kadang-kadang kita ingin bertukar selera atau berasa berat sedikit untuk menyediakan juadah sahur.

 

Sepanjang bulan yang mulia ini, kita seharusnya buang sifat malas dalam diri tetapi tidak salah jika kadang-kala, kita mahu bersahur di luar. Ingat, janji sahur ya! Berikut merupakan senarai restoran di sekitar Lembah Klang yang buka sehingga lewat malam dan yang boleh anda cuba pergi untuk bersahur:

 

1. Restoran Mahbub

Antara hidangan yang terbaik di sini ialah Nasi Briyani Ayam Madu yang merupakan hidangan utama restoran ini. Restoran ini juga menghidangkan Sup Kambing dan Roti ‘Naan Cheese’ yang menjadi kegemaran pengunjungnya.

Alamat:  No.15-, 17, Lorong Tempinis Kiri 1, Lucky Garden, 59100 Kuala Lumpur.

Image source: Restoran mahbub


2. Hayaki Damansara Uptown

Restoran yang buka 24 jam ini terkenal dengan juadah makanan Kelantan! Hidangan ‘signature’ di sini merupakan Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan Nasi Ulam. Bagi penggemar makanan Kelantan, boleh cuba untuk bersahur di restoran ini. Restoran ini juga menghidangkan makanan ‘Western’ dan makanan tempatan yang lain.

Alamat:  1, Jalan SS 21/37, Uptown Damansara Utama, 474000 Petaling Jaya, Selangor.

Image source: Buurps


3. Restoran Garuda Baru

Restoran ini adalah restoran Minang yang menghidangkan Nasi Padang bersama Ayam Kampung Goreng. Keistimewaan restoran ini juga adalah Gulai Daging Cincang Campur Rebung Muda, Daging Dendeng yang pedas dan rangup serta Bawang Merah Jeruk.

Alamat: 59, Jalan Raja Alang, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur.

Image source: Kembara citarasa emak


4. Malaysian Paradise

Makanan istimewa restoran ini ialah Kambing Panggang, Nasi Briyani, Pizza dan Nasi Kabshah. Dengan kepelbagaian pilihan dalam makanan, anda boleh mencuba makanan Melayu, Arab atau Itali sebagai hidangan sahur anda.

Alamat: Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Setapak, Wilayah Persekutuan, 53300 Kuala Lumpur.

Image source: Zomato


5. Nasi Kandar Pelita

Restoran mamak ini adalah antara yang terkenal di bandar Kuala Lumpur. Nasi Kandar Restoran Pelita ini mempunyai pelbagai hidangan lauk lazat dan harganya berpatutan. Restoran ini juga menyediakan ruang tempat letak kereta yang luas bagi memudahkan para pelanggan yang datang.

Alamat: No. 149, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Image source: Mazidulakmal


6. Tonka Bean Café

Jika anda inginkan kelainan ketika bersahur, anda boleh mencuba makanan di restoran ini yang terletak di hotel Impiana KLCC. Restoran ini dibuka 24 jam setiap hari dan menghidangkan pelbagai juadah Malaysia dan juga ‘Western’. Lebih menarik jika anda berpeluang untuk duduk di meja berdekatan tingkap untuk melihat permandangan menara berkembar pada waktu subuh.

Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur,

Image source: Tonka Bean Cafe


7. Sup Meletup

Restoran yang dibuka 24 jam ini adalah tempat yang terbaik untuk menghirup sup panas ketika bersahur. Resepi utara yang ini pasti menarik hati anda. Selain itu, anda boleh mencuba Nasi Ayam, Nasi Goreng Daging dan Ikan Bakar.

Alamat: 31, Jalan Tasik Selatan 20b, Desa Tasik, 57000 Kuala Lumpur.

Image source: Zomato


8. Al Andalus

Tersenarai sebagai ‘Makanan Timur Tengah Terbaik’ di Time Out KL Food Awards, restoran ini mensajikan makanan Arab dan Lubnan seperti Nasi Arab bersama hirisan Kambing. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 5 pagi, restoran ini juga selalu menayangkan perlawanan bola sepak.

Alamat: Jalan Delima, Imbi, 55000 Kuala Lumpur.

Image source: Spoon fork and chicken


9. Restoran RSMY

Penggemar Roti ‘Naan Cheese’  perlu datang ke restoran ini. Hidangan terbaik restoran ini ialah Roti ‘Naan Cheese’ yang penuh dengan keju mozarella yang enak dimakan dengan Ayam Tandoori. Harganya berpatutan dan servisnya juga bagus!

Alamat: D.72.A, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

Image source: Zaza Abdul Latif


10. Nasi Lemak Bumbung

Perut anda pasti berkeroncong apabila menghidu bau keenakan Nasi Lemak ini. Rasanya yang sedap sering mendapat sambutan hangat selain servisnya yang pantas dalam 5 hingga 10 minit. Dibuka pada pukul 5.30 petang sehingga 4 pagi.

Alamat: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Image source: Shirley my

 

 

Skip to toolbar