10 Tips Pulang Ke Kampung Dengan Selamat

Utamakan keselamatan anda dan yang tersayang!

Written by
|

Menjelang aidilfitri ini, dijangka kadar trafik ke Terengganu akan meningkat sebanyak 42%, sementara aliran trafik yang memasuki ke Kuala Muda dan Johor Bahru dijangka akan meningkat sebanyak 10%.

Selain itu, para pengguna jalan raya di Malaysia akan turut memandu lebih jauh, dengan peningkatan jarak pemanduan sebanyak 42% di Terengganu, 32% di Kuala Muda, 30% di Johor Bahru dan 20% di Kuala Lumpur.

Jadi, apa yang boleh para pemandu lakukan untuk menjadikan pemanduan balik kampung mereka lebih efektif? Berikut adalah 10 tips pulang ke kampung dengan selamat.

 

 

1) Pastikan kereta anda telah diservis beberapa hari sebelum pulang ke kampung. Pastikan segalanya dalam keadaan baik dan selamat.

 

2) Rancang perjalanan anda. Pastikan jarak perjalanan destinasi. Tentukan jarak dan perjalanan yang bakal dilalui. Kedudukan stesyen minyak, kawasan rehat dan sebagainya.

 

3) Terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah, pastikan suis elektrik di rumah anda telah dimatikan.

 

4) Periksa dapur gas rumah anda. Tanggalkan wayar pada tong gas anda

 

5) Maklumkan ketiadaan anda di rumah kepada jiran-jiran anda yang tidak pulang ke kampung

 

6) Seandainya jiran anda turut pulang ke kampung, maklumkan kepada balai polis terdekat agar mereka dapat memantau.

 

7) Hubungi keluarga anda di kampung yang anda telah memulakan perjalanan.

 

8) Memulakan perjalanan dengan berdoa. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Berhenti rehat di mana-mana destinasi rehat seandainya anda mengantuk.

 

9) Elakkan kawasan yang berpotensi sesak.

 

10) Pandu cermat. Biar lambat asalkan selamat. Keluarga anda di kampung sedang menanti anda dengan gembira.

 


Oleh: Suraya Sidek

Sumber artikel: Sinar.my

 

Skip to toolbar