3 Doa Mudah Dihafal Apabila Sedih Dan Gelisah

Written by
|

Kegelisahan dan kesedihan merupakan perasaan yang normal untuk kita lalui sebagai seorang manusia biasa. Namun, kita perlu mengambil berat mengenai kesan-kesan buruk kegelisahan dan kesedihan terhadap kesihatan emosi dan rohani kita jika perasaan ini berlarutan. Oleh itu, sebagai orang Islam amalan doa merupakan cara yang terbaik bagi mengubati kesedihan dan kegelisahan.

 

Berikut adalah himpunan doa pengubat kegelisahan dan kesedihan bersumberkan Al-Quran dan hadis yang mudah untuk dihafal sebagai amalan. Anda juga boleh muat turun gambar ‘wallpaper’ telefon bimbit yang telah kami rekakan khas untuk anda supaya setiap kali terasa sedih dan gelisah anda boleh rujuk saja pada wallpaper anda.

 

Mudah kan? Hanya perlu “right click” dan “save” untuk memuat turun gambar tersebut.

 

Surah Al Imran Ayat 173

 

 

 

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

 

“Hasbunallah wanikmal wakil”

 

Maksud: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami.

 

 

 

Surah Taha Ayat 25 – 28

 

 

 

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

 

“Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli”

 

Maksud: Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

 

 

Hadis Riwayat Tirmidzi

 

 

 

 

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

 

“Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths”

 

Maksud: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

 

Doa-doa diatas boleh diamalkan pada bila-bila masa yang anda berasa selesa dan sesuai terutamanya ketika sedang bersedih and gelisah. Semoga dengan mengamalkan doa-doa ringkas ini dapat menenangkan hati anda yang sedang dalam kesusahan. Di samping itu, semoga anda juga sentiasa positif menghadapi cabaran dan kesukaran di dalam hidup.

 

By: Suraya Sidek

 

Skip to toolbar