4 Tips Cara Menggunakan Media Sosial Lebih Baik Untuk Muslim

Written by
|

 

Sebelum memulakan penulisan dan berkongsi berkenaan cara menggunakan media sosial lebih baik untuk muslim, kami ingin menjelaskan bahawasanya kami bukanlah sesiapa untuk berkata berkenaan Shariah Islam tetapi lebih kepada memberi panduan kepada umat Islam.

 

Menundukkan Pandangan Mata Semasa Menggunakan Media Sosial

via GIPHY

 

Bukan sahaja kepada golongan wanita bahkan termasuk juga kepada golongan lelaki khususnya.

Menundukkan pandangan mata ini bukan sahaja ketika lelaki memandang kepada wanita atau wanita memandang kepada lelaki tetapi juga di ruangan media sosial.

Surah an-Nur ayat 30 yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan”

Berhati-hati Memilih Siapa Yang Anda Mahu Ikuti Di Media Sosial

via GIPHY

 

Pilihan di hujung jari anda dengan sekali klik sahaja. Jika anda mengikuti mereka yang lebih mementingkan nikmat dunia semata-mata maka anda akan lalai dengan dunia akhirat.

Jadi, ikutilah mereka yang mahu mendekatkan diri kepada Allah di Twitter, Facebook dan lain-lain.

Mereka ini akan membantu anda menguatkan Iman dan akan menpegaruhi anda untuk lebih mendekati Allah SWT.

 

Berhati-Hati Dengan Apa Yang Anda Muat Naik, Perkongsian Dan Siarkan

via GIPHY

 

Sentiasa beringat, kita tidak bersendirian. Allah SWT sentiasa memerhatikan kita dan Allah SWT telah memerintahkan Malaikat untuk mencatat kebaikan dan keburukan manusia iaitu Malaikat Raqib dan Malaikat Atid.

 

Sebarkan Kebaikan Menerusi Penulisan

via GIPHY

 

Cara menggunakan media sosial dengan lebih baik untuk muslim adalah dengan cara berkongsi perkara yang bermanfaat kepada orang lain seperti menulis input berkenaan Islam.

Disamping itu, masyarakat perlu dididik agar bertanggung jawab ke atas setiap penulisan yang mereka sebarkan supaya mereka tidak menyebarkan perkara-perkara negatif dan sia-sia.

 

Ditulis oleh: Fahmi Khairul

Skip to toolbar