5 Alat Solek Yang Wajib DiBawa Terutamanya Jenama Serasi Dan Manique Cosmetics

Written by
|

Keinginan untuk kelihatan cantik memang menjadi fitrah manusia. Tidak kisahlah ketika berada di dalam rumah atau keluar bersama rakan mahupun ketika bercuti dalam dan luar negara.

Bercakap pasal bercuti dan alat solek, mustahil bagi wanita untuk tidak membawa peralatan solek bersama mereka, apatah lagi tertinggal alat solek dirumah. Itu adalah sangat mustahil.

Namun, terlalu banyak barang mekap yang dibawa akan memberatkan beg anda dan pada masa yang sama ia akan menyusahkan anda dan membebankan diri sendiri bukan.

Hentikan semua itu, apa yang perlu anda dapatkan sekarang ialah tips untuk meminimakan peralatan solek yang perlu dibawa.

Ikuti tips dari Zilzar Life dan bergembira dengan percutian penuh bermakna anda.

Pembersih Muka

Bawa sekali ‘Soothing Oat Face Cleanser’ semasa bercuti. Pembersih muka jenama Serasi ini sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, ianya mengandungi oat organik untuk melembabkan kulit. Kulit anda akan terasa bersih dan lembut selepas menggunakannya.

 

Pelembap Bibir

‘Move Me Mauve Lip Tint’ ialah pelembap bibir yang mempunyai warna cantik malah ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit bibir mahupun yang mempunyai masalah kulit bibir merekah.

Tisu Pelembap

Tisu pelembap atau ‘Wet tissue’ ini digunakan sebelum mekap untuk membuang sisa mekap. Selain itu, menutup pori-pori kulit muka dan menyegarkan kulit muka supaya mekap bertahan lebih lama.

 

Pewarna Bibir

‘Blush Pink Lip Tint’ dari jenama Serasi ini memberikan warna semula jadi pada bibir serta melembapkan bibir malah kandungannya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah bibir kering.

 

Pemerah Pipi

Serlah kejelitaan anda dengan menggunakan ‘Matte Powder Blusher – Autumn 04′ jenama Manique Cosmetics. Bahan yang digunakan selamat dan berkualiti tinggi yang di import dari Itali dan Switzerland. Sesuai untuk kegunaan harian dan yang paling penting ialah ianya mesra wuduk.

Jangan tunggu lagi, dapatkan sekarang alat solek jenama Serasi dan Manique Cosmetics. Pembelian boleh dibuat secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dibawakan oleh Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Store untuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah di produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

 

Skip to toolbar