Positif.
Semaikan nilai-nilai positif dalam diri anda dan mulakan tabiat positif setiap pagi selepas bangun dari tidur. Contohnya, selepas selesai bersolek, katakan pada diri sendiri “I look good today” dan senyum.

Source: www.tumblr.com
Manjakan diri.
Setelah berhempas pulas bekerja, berikan diri anda “self-reward” sebagai tanda menyayangi diri. Asingkan sedikit wang hasil dari gaji bulanan kamu dan manjakan diri di spa atau salun yang mengenakan harga servis yang berpatutan.

Source: giphy.com
Bersyukur.
Berhenti bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mungkin teman-teman lain sudah berkerjaya dan mempunyai kewangan yang stabil dan kamu berasa seperti ketinggalan jauh. Tetapi kamu harus ingat bahawa setiap orang mempunyai bahagian rezeki masing-masing.

Source: pinterest.com
Santai.
Ambil masa untuk tidak melakukan apa-apa. Hentikan tabiat bermain telefon pintar dan “berpuasa” seketika daripada media sosial. Baring dan merentang hanya untuk beberapa minit sahaja. Ini penting bagi merehatkan minda anda.

Source: giphy.com
Jadi diri sendiri.
Percayalah naluri anda tentang apa jua yang tepat untuk anda, siapa orang yang sesuai untuk dikelilingi dan apa yang hendak dikecapi. Hanya anda tahu apa yang terbaik buat diri anda dan bagaimana untuk memanfaatkan apa yang anda ada kepada dunia luar.

Source: puffpaperco.com
By: Suraya Sidek