5 Lokasi Menarik Perkahwinan ‘Garden Wedding’

Raikan cintamu berlatarkan taman yang indah.

Written by
|

Awal tahun ini penyanyi antarabangsa Yunalis Zarai atau nama komersialnya Yuna telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Adam Sinclair. Majlis pernikahan mereka yang bertempat di Bentong, Pahang itu menjadi viral ikutan konsep perkahwinan dalam taman mereka yang indah dengan sentuhan tropikal.

 

Source: rojakdaily.com

 

Kini, ramai yang mengimpikan perkahwinan yang bertemakan Garden Wedding seperti majlis Yuna dan Adam. Perkahwinan bertemakan Garden Wedding memerlukan lokasi yang sesuai supaya majlis perkahwinan bakal raja sehari itu tampak lebih meriah dan indah. Di sini kami kongsikan 5 lokasi Garden Wedding yang boleh ditempah dengan pakej perkahwinan yang menarik.

 

A Park Puchong, Selangor

Facebook | Instagram | Laman Web

Dengan kehadiran tasik dan laman di sekeliling English Cottage tersebut, majlis anda akan kelihatan indah dan nyaman dengan latar belakang pemandangan semulajadi di sekitar kawasan itu. Pakej yang ditawarkan oleh A Park Puchong juga termasuk penginapan jadi anda boleh meluangkan lebih masa bersama yang tersayang di hari istimewa anda!

 

Source: a-park.my

 

Laman yang luas di lokasi ini akan menaikkan kreativiti untuk persiapan dekorasi majlis bersejarah anda. Gambar di bawah merupakan contoh majlis perkahwinan yang mengatur  dua gerbang bunga minimalis; satu di permulaan laluan pengantin dan lagi satu di pelamin nikah. Kelihatan laluan pengantin diantara barisan kerusi yang bersusun itu juga mirip perkahwinan dalam taman konsep barat.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi mereka di  +603 6142 6051 atau emel kepada events@a-park.my.

 

Source: a-park.my

 

 

Adonis Bridal Mansion, Ipoh, Perak

Facebook

Adonis Bridal Mansion di Ipoh merupakan antara lokasi Garden Wedding yang terbesar dalam Malaysia. Selain keluasan taman dan landskap yang indah, mereka juga menawarkan pakej wedding planner yang eksklusif dengan lebih seribu pilihan busana pengantin hasil pereka fesyen pengantin terkenal.

 

Source: https://www.facebook.com/adonis.bridal.manoir

 

Anda boleh lihat betapa cantiknya hasil servis yang diberikan oleh Adonis Bridal untuk majlis resepsi dalam taman. Kanopi yang separa telus memberikan efek yang lebih menarik bersama hiasan fairy lights yang menerangi suasana lewat petang itu. Anda juga boleh meminta aturan resepsi di waktu malam untuk suasana yang lebih romantik ala ala Candle Light Dinner gitu! Untuk tempahan dan info lanjut anda boleh emel mereka di adonisbridal@gmail.com.

 

Source: https://www.facebook.com/adonis.bridal.manoir

 

 

 

Wanaka The Bungalow, Damansara Heights, Selangor

Facebook

Wanaka The Bungalow merupakan ruang acara yang unik berfungsi sebagai lokasi yang ideal untuk apa-apa acara pilihan anda. Ruang dalam yang disediakan boleh memuatkan sehingga 30 orang manakala bahagian taman boleh memuatkan sehingga 150 orang. Wanaka hanya menyediakan tapak acara dan tidak menyediakan sebarang pakej perkahwinan buat masa ini. Kelebihan Wanaka terletak pada suasana lokasi yang santai dan agak tertutup bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang intimate hanya untuk keluarga dan sahabat yang terdekat.

 

 

Source: https://www.facebook.com/Wanaka-the-Bungalow-161325573969107/

 

Aturan meja makan yang sangat minimal dan kemas ini berkonsepkan English Garden dengan sentuhan warna hijau dedaunan dan sedikit blush dari gubahan bunga yang menghiasi meja-meja tersebut.

 

Source: https://www.facebook.com/Wanaka-the-Bungalow-161325573969107/

 

 

 

Tanarimba, Janda Baik, Pahang

Laman Web

Sebagai antara lokasi yang paling popular dan indah dalam Malaysia, Tanarimba di Janda Baik juga memberi ruang kepada anda untuk melangsungkan majlis perkahwinan di sini. Lokasi ini adalah yang paling mirip dengan lokasi akad nikah pasangan selebriti Yuna dan Adam kerana pakej perkahwinan yang ditawarkan di sini juga adalah termasuk penginapan yang sememangnya terkenal dengan kawasan persekitaran yang sangat nyaman dan tenang.

 

 

Source: theweddingnotebook.com

 

 

Gambar di atas merupakan majlis resepsi yang berkonsepkan barat bersama gerbang yang dihiasi dengan gubahan bunga-bunga putih dan ranting-ranting kayu di bahagian bumbung yang memberikan sentuhan alam semulajadi.  Lokasi yang berlatarbelakangkan kehijauan flora dan fauna ini sememangnya sesuai untuk anda yang cintakan alam semulajadi. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi mereka di +609 233 0655 atau emel kepada enquiry@tanarimba.com.my.

 

 

Source: theweddingnotebook.com

 

 

Tanjung Rhu Resort, Kedah, Langkawi

Laman Web

Sekiranya anda mengidamkan perkahwinan bertemakan Garden Wedding tetapi dengan sedikit twist atau kelainan, cubalah lokasi ini kerana anda berpeluang untuk mengadakan majlis resepsi anda di tepi pantai! Pastinya majlis resepsi anda akan menjadi perbualan ramai kerana lokasi yang sangat unik dan suasana majlis yang sangat santai seperti sedang bercuti.

 

Source: weddingsmalaysia.com

 

Paling best sekali ialah sekiranya anda menempah pakej mereka anda tidak perlu risau dengan persiapan majlis kerana mereka akan buatkan semuanya untuk anda; aturan tempat duduk, deko keseluruhan majlis, makanan dan minuman, berserta servis layanan mereka yang sangat efisyen. Anda boleh hubungi mereka di nombor +604 9591 033 atau emel di resort@tanjungrhu.com.my untuk tempahan atau maklumat lanjut.

 

Source: says.com

 

 

Sebenarnya, terdapat banyak lagi lokasi-lokasi menarik untuk mengadakan perkahwinan bertemakan Garden Wedding ini, namun kami hanya fokuskan kepada beberapa tempat yang paling popular berserta servis yang menjanjikan kepuasan anda berdasarkan testimoni dari para klien mereka. Tidak salah untuk kita melabur lebih sedikit bagi menyemarakkan lagi suasana majlis perkahwinan kita kerana ianya akan menjadi kenangan manis sekali seumur hidup (in shaa Allah!) yang akan sentiasa diingati ramai.

 

Apa tunggu lagi? Bagi anda yang sedang menghitung hari, lekas tempah pakej pilihan anda bagi meraikan saat indah bersama pasangan, keluarga dan sahabat yang tersayang.

 

By: Suraya Sidek

Skip to toolbar