5 Risiko Penggunaan Ekstrim Telefon Pintar

Bahayanya peranti kecil ini.

Written by
|

Anda perasan tak? Kalau keluar ke mana-mana sekarang kebanyakan orang berjalan mesti tunduk. Sopannya…

 

Source: giphy.com

 

Anda mungkin sudah tersalah tafsir. Sebenarnya kebanyakan mereka tunduk kerana terlampau asyik dan taksub dengan telefon pintar mereka. Melayari media sosial sambil berjalan, makan, membeli-belah, bersenam, bekerja dan pelbagai aktiviti lain.

 

Bila difikirkan semula, adakah penggunaan telefon pintar yang keterlaluan boleh mendatangkan keburukan kepada kita?

 

Source: giphy.com

 

Sudah tentu! Berikut adalah 5 daripada kesan-kesan buruk penggunaan telefon pintar menurut kajian.

 

Sukar tidur

 

Source: tumblr.com

 

Telefon pintar membuatkan anda sukar tidur kerana hampir semua layar mengeluarkan cahaya berwarna biru atau ‘blue light’ yang menyerupai cahaya di waktu siang hari. Cahaya tersebut berupaya mengirim isyarat pada otak dan mengelirukan tubuh fizikal manusia untuk berada di dalam mod berjaga (awake mode)

 

Gangguan pada mata

 

Source: giphy.com

 

Terlalu kerap menatap skrin telefon akan menyebabkan mata anda menjadi suram, kering, dan juga pedih. Cahaya terang dari skrin telefon anda akan merengsa saraf-saraf mata anda yang boleh juga mengakibatkan sakit kepala.

 

Source: twitter.com

 

Kerap letih atau sakit

 

Source: giphy.com

 

Terlalu lama bermain telefon pintar juga akan menyebabkan keletihan dan kesakitan pada beberapa bahagian tubuh seperti jari, lengan, bahu dan leher. Kesan ini lebih memudaratkan apabila anda tidak mengamalkan posisi duduk atau posisi memegang telefon yang betul. Contohnya, apabila anda bermain telefon sambil baring mengiring bahagian bahu dan leher anda akan berasa lenguh yang berpanjangan.

 

Perasaan cemas yang berlebihan

 

Source: tenor.com

 

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna menghabiskan masa melayari media sosial seperti Instagram dan Facebook. Ramai orang mempunyai tabiat membandingkan diri sendiri dengan kenalan-kenalan di media sosial. Tabiat ini tidak sihat kerana anda akan banyak melabur masa untuk menjadi yang terbaik di mata orang lain tetapi bukan diri anda yang sebenar. Lama kelamaan anda akan kerap merasa cemas sekiranya tidak mendapat ‘likes’ atau ‘comments’ yang memberangsangkan.

 

Ketagihan

 

Source: tellmenothing.com

 

Apakah anda memulakan rutin pagi anda dengan menyemak notifikasi? Melayari Twitter atau Facebook setiap kali sambil makan? Memuat turun swafoto di Instagram setiap hari? Sekiranya anda buat semua perkara tadi makanya anda sah ketagih atau obses pada telefon pintar anda! Ketagihan ini tidak sihat kerana ia akan mengganggu fokus pada rutin anda yang juga menjejaskan produktiviti hari anda.

 

Oleh itu, sayangilah diri anda dan berwaspada sebelum terjebak dalam kondisi yang lebih kritikal untuk kesihatan mental dan fizikal anda.

 

By: Suraya Sidek

Skip to toolbar