7 Keperluan Yang Mesti Dibawa Semasa Bercuti

Written by
|

Bagi mereka yang gemar melancong tetapi masih tertanya-tanya berkenaan barang keperluan yang wajib dibawa semasa bercuti, usah bimbang kerana Zilzar Life ada caranya untuk membantu anda. Berikut adalah 7 keperluan yang wajib anda bawa semasa bercuti:

 

Beg Bagasi

 

via GIPHY

 

Barang paling utama sekali ketika hendak pergi melancong adaah beg bagasi. Pastikan anda membeli bag bagasi yang berkualiti, tahan lasak serta mudah untuk diheret kehulur kehilir semasa melancong.

 

Hiburan

 

via GIPHY

 

Adalah penting untuk dibawa bagi menghilangkan rasa bosan sewaktu dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Misalnya, novel ataupun komik.

Jika anda mahu hiburan yang lebih menarik, tidak menjadi masalah! Anda boleh memuat turun filem ke dalam telefon pintar anda.

 

Pilihan Pakaian

 

via GIPHY

 

Lelaki tidak terlalu memilih berkenaan pakaian tetapi agak rumit kepada wanita. Justeru itu, pilihlah pakaian yang mudah untuk disuai padan, dan cari busana yang anda rasa sesuai digayakan pada waktu siang dan malam. Contohnya, seluar jeans yang boleh digayakan bersama kasut flat atau sneakers.

 

Aksesori Gajet

 

via GIPHY

 

Telefon sudah dibawa tetapi pastikan anda tidak terlupa untuk membawa pengecas, kabel USB dan power bank. Selain itu, jika anda bercuti ke luar negara, pastikan anda membawa travel adapter. Mengapa kami berkata begitu, tidak semua negara mempunyai plug yang sama dengan negara kita.

 

Toiletries

 

 

Sentiasa beringat, bawa barangan peribadi yang penting sahaja seperti pembersih wajah, ubat gigi, krim UV, pelembap dan sikat. Ini kerana keperluan lain seperti sabun dan syampu kebiasaannya sudah disediakan di hotel.

 

Tisu Basah

Tisu basah juga penting dan pastikan sentiasa berada di dalam beg yang anda bawa. Bagi wanita, tisu basah boleh digunakan untuk membersihkan mekap dengan mudah. Selain itu, tisu basah boleh digunakan untuk membersihkan kotoran pada kasut dengan segera.

 

Bisek Bisek Sambal Bilis

 

 

Kami juga menggalakkan anda untuk membawa Sambal Bilis dari Bisek-Bisek semasa bercuti kerana ia mudah untuk dibawa semasa bercuti. Kalau anda nak tahu, sambal bilis Bisek-Bisek ini merupakan makanan segera (ready-to-eat) yang telah siap dimasak. Paling penting sekali, sambal ikan bilis Bisek-Bisek ini rangup, tidak berminyak dan tahan lama.

Ianya juga enak dimakan bersama nasi panas atau roti dan pastinya menepati citarasa anda sebagai yang menggemari makanan tempatan.

 

Ditulis oleh: Fahmi Khairul

 

Skip to toolbar