Abadikan Setiap Sudut Kediaman Rumah Anda Dengan Keceramics

Written by
|

Seramik begitu sinonim di hati masyarakat tempatan sebagai barangan perhiasan, pasu dan kraftangan.

 

Frame alifbata 30pcs terracota square

 

Lazimnya, material seramik sering kali digunakan dalam pembuatan bahan binaan rumah dan pinggan mangkuk. Dalam kemasan rumah, seramik menjadi material asas kepada jubin yang digunakan pada lantai dan sebagai elemen penataan dekorasi pada dinding anda.

 

Fridge Magnet 4 sets of 4in1 Malaysiana in Coppergold

 

Selain mengisi kekosongan ruang, aksesori dinding juga berfungsi untuk mengimbangi suasana dalam rumah anda. Aksesori sebegini juga diklasifikasikan sebagai barangan perhisasan dalaman rumah yang kecil dari perabot.

Memiliki kediaman yang dihias indah adalah impian setiap individu. Oleh itu, Keceramics boleh dijadikan pelengkap ruangan kediaman anda. Ditubuhkan sejak tahun 1993, Keceramics merupakan pereka dan pengilang barangan seramik buatan tangan yang berkualiti untuk kegunaan rumah dan komersial.

 

Tableware segitiga teapot with 4-teacups brown

 

Pengasas Keceramics, Datin Rosmah Yaakub merupakan Lulusan Sarjana Muda Perancangan Bandar di Universiti New South Wales, Sydney, Australia. Minat yang mendalam terhadap barangan seramik mendorong Datin Rosmah Yaakob menghiasi dinding kediaman beliau dengan pelbagai rekaan seramik.

 

Dayang Bunting Lampset Mariner

 

Kreativiti Datin Rosmah dalam penghasilan seramik tidak tertumpu pada motif mural sahaja. Seramik bermotifkan tulisan jawi dan ayat Al-Quran juga merupakan satu kemestian dalam menghias pelbagai sudut ruang.

 

Framed Petronas Twin Towers-Mixtone

 

Keceramics juga mendapat sambutan yang sangat bagus daripada peminat seantero dunia melalui jualannya di eShop.

 

Giant greenkaca leaves on wooden stand

 

Kata orang, gaya dekorasi sesebuah rumah melambangkan karakter si pemilik.

 

Tableware giftpack of 9pcs Maya PelangiBowls in Bluetones

 

Oleh itu, kepada mereka di luar sana yang mahu menghiasi setiap ruangan rumah anda dengan seramik, jubin atau lukisan mural buatan tangan yang berkualiti, anda boleh membeli secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI Powered by Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji.

 

Ditulis oleh: Fahmi Khairul

 

 

Skip to toolbar