Amalan Doa Harian Bersama THiJARI Powered by Zilzar Life

Written by
|

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta’ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

 

“Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!”

 

Doa Harian adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Kini dengan aplikasi mudah alih THiJARI yang dikuasakan oleh Zilzar Life, anda boleh mengamalkan doa harian anda pada bila-bila masa, di mana jua!

Fungsi doa harian kami adalah sangat mudah untuk diakses. Setelah anda berjaya mendaftar sebagai pengguna, anda akan terus ke menu utama THiJARI

 

 

 

Pilih ‘Usrah’ dan anda akan dibawa ke halaman ini

 

 

Pilih ‘Doa Harian’ dan akan terus dibawa ke halaman ini di mana anda diberi beberapa pilihan doa yang sesuai diamalkan harian. Kebanyakkan doa-doa harian ini bersumberkan ayat-ayat Al-Quran yang sangat lazim diamalkan.

 

 

 

 

Doa-doa harian ini juga lengkap dengan bacaan asal versi Rumi dan Arab berserta terjemahannya supaya dapat difahami dan dihayati dengan lebih baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi THiJARI secara PERCUMA di Google Play dan App Store sekarang. Anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun.

 

THiJARI Android          |             THiJARI iOS

 

Skip to toolbar