Anak-Anak Meragam Semasa Bercuti dan Melancong? Gunakan Tip Ini Sebagai Panduan

Written by
|

Sesi cuti persekolahan 2018 kini sudah hampir ke penghujung. Anda sebagai ibu bapa semestinya mempunyai niat dan juga persiapan untuk membawa anak-anak anda melancong ke tempat menarik.

Lagi pula, bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh anak-anak kerana inilah masa untuk mereka bersuka ria.

via GIPHY

Percutian selama tiga hari dua malam merupakan percutian yang agak lama dan menyeronokkan bagi sebuah keluarga tetapi ianya boleh berubah menjadi mimpi ngeri jika anak-anak tidak mendengar cakap ketika sedang bercuti.

via GIPHY

Walaubagaimana degil sekalipun anak kita itu, terdapat pelbagai cara yang Zilzar Life mahu kongsikan untuk ibu bapa di luar sana.

Tempah penginapan yang selesa

godandconflict.com

Perkara paling penting sekali ialah menempah penempatan lebih awal kerana perjalanan yang jauh akan menjadikan anak kesayangan kita mudah letih. Pastikan penempatan yang kita tempah itu selesa dan selamat untuk anak-anak kita.

 

Kekalkan peraturan

via GIPHY

Jelaskan dan terangkan bahawa peraturan berada di luar tetap sama seperti ketika berada di dalam rumah. Peraturan ini bukan untuk mengongkong tingkah laku anak kita tetapi ia sebenarnya mendidik dan mendisiplinkan mereka misalnya tidak membuang sampah merata-rata, tidak membuat bising dan beberapa peraturan lain.

 

Senaraikan aktiviti menarik

via GIPHY

Pastikan aktiviti yang disenaraikan tidak terlalu padat kerana ini akan meletihkan anak-anak dan seterusnya memberikan tekanan kepada mereka. Kita tidak mahu percutian ini membebankan mereka deng aktiviti yang padat.

 

Persiapan minda

flickr.com

Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan kepada mereka gambar cantik mengenai tempat yang bakal dikunjungi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Mereka secara tidak langsung akan berasa seronok dan teruja dan sentiasa mendengar arahan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

 

Pakaian selesa

instagram.com/eunoiakids/

Gayakan anak anda dengan pakaian yang selesa, pakaian sebaiknya ialah pakaian yang mempunyai fabric tidak terlalu panas dan sejuk. Tidak terlalu longgar dan ketat supaya anak-anak mudah bergerak aktif. Dengan ini, mereka tidak akan meragam kerana ketidakkeselesaan pakaian.

 

Makanan

via GIPHY

Apabila kanak-kanak terlalu lapar, mereka akan mulai membuat perangai dan meragam. Oleh itu, bawa bekalan makanan ringan berserta buah-buahan dan roti yang cukup sepanjang perjalanan.

 

Kotak pertolongan cemas

 

Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongn cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadula pengambilan ubat-ubatan.

 

Sumber: Majalahpama

 

 

 

Skip to toolbar