Anak Degil? Gunakan 5 Ucapan Positif Ini Untuk Membentuk Keperibadian Anak

Written by
|

Sukar untuk menerima apabila anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh selama ini sudah berani meninggikan suara, malah menunjukkan perubahan sikap yang mengundang kemarahan kita sebagai ibu bapa khususnya.

via GIPHY

Perubahan ini sudah tentu memberi tekanan kepada ibu bapa, mungkin ianya adalah lumrah dalam proses membesarkan anak. Namun, sebagai seorang ibu bapa, mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka dalam apa jua mereka lakukan.

Foto: mstar

Kebiasaannya, hukuman seperti merotan dan menyebat sudah dianggap sebagai amalan biasa dalam corak didikan keibubapaan masyarakat Asia kerana cara ini merupakan cara paling berkesan untuk mendidik dan mendisiplinkan anak.

Namun, timbul persoalan di mana adakah kaedah seperti merotan ini sesuai digunakan dalam mendidik anak kesayangan kita itu.

Merotan anak kelihatan agak kasar, apa kata kita cuba cara yang lebih lembut terlebih dahulu dengan melemparkan ucapan manis dan romantik kepada anak kita. Ini kerana kata-kata positif yang diucapkan setiap hari kepada anak kita mampu membentuk personaliti diri yang lebih baik. Manakala, pujian dan penghargaan memberikan aura positif dalam diri anak semasa proses pembesaran.

Mama Sayang Kamu

via GIPHY

Ucapan ini boleh memberi kesan positif terhadap perkembangan minda anak, malah anak akan gembira mendengarnya. Anak-anak akan mengetahui bahawa kamu masih menyanyanginya walaupun anak pernah melakukan kesilapan.

Tidak Sabar Nak Melihat Kamu Membesar

Ucapan ini sesuai diberikan jika anak kita merajuk tidak mahu makan. Dengan ucapan ini, anak kita akan lebih terbuka hati untuk berhenti dari merajuk dan seterusnya lekas makan. Jangan lupa untuk masakkan makanan kegemarannya juga.

Kamu Kebanggaan Ibu

via GIPHY

Berikan ucapan ini kepada anak kita jika prestasinya menakjubkan atau terhadap sesuatu yang anak kita telah buat bersungguh-sungguh. Pujian dari anda meningkatkan semangat dan keyakinannya.

Ibu letakkan sepenuh kepercayaan kepada kamu

via GIPHY

Adakalanya ada situasi di mana anak-anak bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu bapanya namun mereka akan berasa kecewa jika apa yang telah di lakukannya gagal. Berikan kata-kata positif walaupun anak gagal. Yakinkan mereka bahawa gagal bukan bermakna gagal selamanya.

Kehadiranmu Membahagiakan Ibu

Anak-anak berhak tahu bahawa kehadiran mereka sangat penting dalam hidup anda berdua. Beritahu mereka yang anda bahagia memiliki mereka sebagai anak. Jangan pernah mengucapkan kata-kata yang mereka menyusahkan anda. Ketahuilah bahawa kata-kata itu mampu menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga dewasa.

Tak susah kan untuk membentuk karektor positif anak. Semoga anak-anak kita menjadii anak yang soleh dan solehah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Skip to toolbar