Awas! Ibu Hamil Perlu Jaga Pemakanan Supaya Bayi Kekal Sihat

Written by
|

Kenangan ketika disahkan oleh doktor bahawa diri sedang berbadan dua memang sukar dilupakan buat ibu di luar sana.Ianya merupakan pengalaman yang sangat bermakna.

Dalam penuh kegembiraan, ibu hamil perlu menitikberatkan pemakanan yang berkhasiat supaya kandungan berada dalam keadaan sihat dan mengelakkan daripada memakan makanan yang berisiko mengancam keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.

Taugeh Mentah

Apabila mahu makan di gerai ataupun di restoran, ibu hamil perlu elakkan memesan hidangan yang mempunyai taugeh yang kebiasaannya digunakan sebagai penghias hidangan. Ini kerana, taugeh mentah memudahkan bakteria membiak dan mustahil untuk dibuang.

Kerang Mentah

Elakkan memesan hidangan seperti char kuey tiow, lazimnya ia mengandungi kerang kecil dan mengapa perlu dielakkan? Penyebab utama keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan laut kerana ia mengandungi parasite dan bakteria.

Jus Buah-buahan

Ibu hamil mahu minum jus buah-buahan boleh tetapi perlu menitikberatkan aspek kebersihan. Dibimbangi jika jus yang tidak dipastur akan mengandungi bakteria Salmonella dan E. coli yang berbahaya kepada ibu hamil.

Ikan dipancing sendiri

via GIPHY

Elakkan memakan ikan yang dipancing oleh suami, mana tahu ini mungkin ikan yang dipancing itu tercemar dengan bahan kimia dan sisa industri, seterusnya akan membahayakan kesihatan ibu dan kandungan.

Makanan dalam polisterin

Jika membeli makanan yang dibungkus dalam polisterin, jangan biarkan disimpan lama dalam kereta kerana suhu dalam kereta meningkat dengan cepat dan ia membuatkan bakteria mudah membiak. Sekiranya tiada pilihan, pastikan makanan itu disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh dua jam dari masa ia dihidangkan.

Justeru itu, ibu hamil perku mengetahui bahawa penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi, ini kerana kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan.

Crispy Bilis Halia bantu ibu berpantang

Untuk pengetahuan semua ibu hamil di luar sana, Menariknya, Bisek-Bisek ada menawarkan produknya yang dinamakan sebagai crispy bilis halia.

Kerana crispy bilis halia ini memang sedia dimakan, jadi ia membantu ibu berpantang di luar sana supaya tidak bersusah payah mengeluarkan tenaga untuk memasak.

Paling penting sekali, crispy bilis halia ini 100 peratus tiada bahan pengawet. Menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan berkhasiat.

Jangan tunggu lagi, dapatkan sekarang crispy bilis halia daripada Bisek Bisek yang bukan sahaja menyihatkan malah membantu ibu berpantang. Pembelian boleh dibuat secara ‘online’ di bazaarKITAmelalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dibawakan oleh Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Store untuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah di produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

Gambar: Bisek-bisek

 

 

 

 

Skip to toolbar