Bahaya Teknologi! Kesihatan Diri Terjejas Dengan 5 Tabiat Buruk Ini

Written by
|

Memang tidak dapat di nafikan lagi, teknologi saat ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup manusia di mana pelbagai inovasi telah diciptakan dengan tujuan untuk memudahkan hidup manusia sekaligus memberi manfaat kepada mereka.

via GIPHY

Namun begitu kecanggihan teknologi juga mempunyai kebaikan serta keburukan dalam penggunaannya. Apatah lagi kepada mereka yang terlalu obses dengan teknologi.

Kini, kita dapat melihat sendiri apabila seseorang itu menghabiskan masa seharian dengan menghadap telefon sahaja tidak kira siang dan malam.

Tahukah anda, kesan buruk teknologi ini sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda?

 

Melemahkan daya ingatan

via GIPHY

Kepada mereka yang terlalu taasub dengan teknologi, kesan buruk yang akan berlaku seperti lemah daya ingatan, Ini kerana terlalu bergantung kepada teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang efektif.

 

Insomnia

via GIPHY

Lebih buruk jika anda menghidapi insomnia. Penggunaan telefon pintar seperti melayari internet, permainan video dan sebagai secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti tidur anda. Ketagihan terhadap sosial media boleh membawa kepada tabiat berjaga malam dan akhirnya menyebabkan masalah kekurangan tidur dan keletihan.

 

Kemurungan

via GIPHY

Setiap komen buruk dan negatif terhadap perkongsian status yang dimuatnaik oleh anda boleh mempengaruhi ‘mood’ anda.

 

Foodporn

via GIPHY

Menurut kajian, melihat gambar-gambar seperti ini di laman sosial anda menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan anda sendiri. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.

 

Penyebaran Kuman

via GIPHY

Telefon pintar anda boleh jadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor dari pemegang berus tandas dan kita sedia maklum bahawa kuman boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Jadi pastikan anda membersihkan telefon pintar anda secara kerap.

Sebagai kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa teknologi zaman sekarang bergerak semakin pantas. Oleh itu kita perlulah menjadi pengguna yang bijak serta tahu membezakan yang baik dan yang buruk.

 

Sumber: Harian Metro

 

Skip to toolbar