bazaarKITA: e-Pasaran Gaya Hidup Muslim Moden

Written by
|

 

Sedar atau tidak, tabiat membeli-belah secara online sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Amalan membeli-belah atas talian bukan lagi sesuatu perkara yang asing. Kecanggihan teknologi hari ini memungkinkan segala benda dilakukan dengan hanya satu sentuhan.

Zilzar Life Sdn Bhd telah melancarkan portal bazaarKITA yang merupakan platform membeli-belah atas talian pertama di Malaysia.

 

 

Portal berkenaan yang dibangunkan sejak September tahun ini telah mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai kerana ianya menawarkan pelbagai segmen produk halal dan kelengkapan haji dan umrah.

Tarikan utamanya ialah pelbagai jenama-jenama produk tempatan yang berkualiti tinggi ditawarkan, misalnya seperti koleksi fesyen berjenama terkemuka, produk kecantikan dan kesihatan, bahan ilmiah dan produk makanan dan minuman kesihatan. Lebih menarik, barangan kelengkapan lain yang ditawarkan merangkumi dekorasi islamik, keperluan ibadah dan pakaian kanak-kanak.

 

 

Inisiatif murni ini bertujuan untuk membantu jenama-jenama halal dan masyarakat Muslim tempatan untuk memasarkan produk mereka dengan lebih luas melalui platform bazaarKITA. 

Disamping itu, kemudahan membeli-belah secara ‘online’  ini jauh lebih mudah dan tidak membebankan. Ditambah pula ia lebih menjimatkan masa serta kos, keperluan membeli-belah secara ‘online’ mampu menyelesaikan masalah berbelanja pada masa kini.

Setakat ini, terdapat lebih dari 20 vendor jenama fesyen daripada pereka tempatan dan kami amat menekankan setiap produk yang mahu dijual di bazaarKITA perlu memenuhi peraturan patuh syariah.

Dengan adanya portal ini, pengguna kini boleh membuat pembelian dengan lebih mudah di hujung jari melalui telefon bimbit, tablet mahupun komputer di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.

via GIPHY

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.bazaarkita.com.my selain boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar Lembaga Tabung Haji, ‘Thijari’.

Skip to toolbar