bazaarKITA: e-Pasaran Gaya Hidup Muslim

Produk Halal Dan Jenama Lokal Yang Pertama Di Dunia

Written by
|

 

bazaarKITA merupakan platform membeli-belah atas talian pertama di Malaysia yang menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi, patuh syariah dan halal dari jenama-jenama Lokal bagi melengkapkan gaya hidup Muslim moden.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu jenama Halal & Muslim tempatan memasarkan produk mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih luas melalui platform dalam talian. Pengguna pula boleh membeli pelbagai rangkaian produk berkualiti tinggi dan disahkan Halal dengan mudah dan selamat.

 

 

Kategori produk termasuk fesyen patuh syariah bagi wanita, lelaki, kanak-kanak, produk kecantikan & kesihatan Halal, produk makanan & minuman Halal, dekorasi & bahan ilmiah Islamik, keperluan ibadah & lain-lain.

 

bazaarKITA kini boleh dilayari eksklusif melalui THiJARI Powered by Zilzar Life, aplikasi mudah alih rasmi Lembaga Tabung Haji yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store secara percuma.

 

 

 

Skip to toolbar