Jemu Dengan Roti Canai Biasa? Mari Cuba Roti Canai Perisa Empat Jenis Buah-Buahan

Written by
|

 

Keadaan cuaca yang baik di pagi Khamis yang begitu indah ini, Zilzar Life ingin membawa pembaca semua ke Kuala Selangor untuk sarapan pagi.

via GIPHY

Mesti ada yang belum sedia maklum bahawa di Kuala Selangor terdapat satu warung di Batu 3 Kampung Sungai Yu yang menyediakan juadah istimewa untuk sarapan pagi tau.

Peniaga warung itu, Dimyati Tualo, 56, telah menghasilkan roti canai istimewa di mana roti canai itu mempunyai empat perisa dari buah-buahan.

PIX: Facebook CATS FM

Roti canai durian berwarna kuning, roti canai epal berwarna hijau, roti canai strawberi berwarna merah dan akhir sekali keladi berwarna biru.

Pada mulanya, Dimyati hanya menjual roti canai biasa sahaja namun kerana mahu memberi pengalaman menarik dan kelainan, Dimyati hadir dengan idea tersebut sejak Januari tahun ini.

Sekeping roti canai pelangi berharga RM1. Pelanggan juga boleh menikmati menu lain seperti roti canai jantan (RM2), roti canai telur goyang (RM2.50), roti canai sardin (RM3) dan roti canai telur goyang kambing (RM5.50).

Sambutan terhadap roti canai berperisa buah-buahan itu amat menggalakkan di mana permintaan lebih dari 300 sekeping dan mencecah lebih 400 keping pada hujung minggu.

via GIPHY

Lebih menarik, Warung yang diusahakan oleh Dimyati turut menyediakan kuah istimewa iaitu kari kambing dan kari kaki ayam yang dijual berasingan pada harga RM3 hingga RM5 semangkuk.

Warung Dimyati dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 7 pagi hingga 12 tengah hari. Mereka juga mengambil tempahan kenduri kahwin dan majlis keraian.

Skip to toolbar