Cipta Memori Terindah Dengan 5 Pulau Romantik Untuk Berbulan Madu

Written by
|

Membayangkan betapa bahagianya bergelar raja sehari sudah cukup mengujakan bakal mempelai. Kemanisan dalam perkahwinan itu dihangatkan lagi dengan percutian bulan madu ke tempat yang terindah. Mengabadikan episod berbulan madu terindah untuk diselami bersama pasangan tercinta.

Percutian berbulan madu tidak terhad sekadar makan bersama si dia pujaan hati di dalam restoran mewah, diikuti alunan muzik romantis. Ianya menjadi lebih indah dan manis jika percutian bulan madu itu berlatarkan keindahan alam yang amat menggamit jiwa dan raga.

Melihat sahaja keindahan lautan luas yang terbentang, keindahan matahari terbit dan terbenam, keindahan warna pelangi yang muncul setelah hujan berhenti dan suasana yang menenangkan. Panorama sebegini sememangnya mampu menggamit memori terindah bersama pasangan yang diimpikan untuk menghabiskan sisa hidup bersama.

Walaupun begitu, pemilihan lokasi memainkan peranan penting dalam menjadikan percutian berbulan madu yang terindah mendirikan rumah tangga. Keindahan panorama pulau dan suasananya yang menenangkan seringkali menjadi lokasi pilihan untuk berbulan madu paling digemari.

Pulau Fiji

Foto – mustseeplaces.eu

Sebuah pulau yang privasi yang membawa mood romantik di Pasifik Selatan. Pulaunya cantik, indah, eksotik dengan tumbuhan yang menghijau dan Vila mewah membuatkan pasangan pengantin baru merasakan sangat puas, minda pun tenang.

 

Pulau Seychelles

Pulau Seychelles terletak di Archipelago lautan Hindi. Ia juga merupakan negara yang penuh dengan kecantikan alam semula jadi yang indah dengan pantai dan tropika, kehidupan haiwan liar yang mengujakan dan resort yang mewah untuk pelancong dari serata dunia yang datang melawat ke pulau Seychelles ini.

 

Kepulauan Tahiti

Foto – Malay uPOST

dTerletak di Perancis, kepulauan Tahiti berdekatan dengan Pulau Bora-Bora, Moorea, Tuamotu yang masing-masing mempunyai tarikan yang tersendiri dengan airnya yang bersih biru lagi cantik dan mendamaikan. Daya tarikannya ialah dengan banglo mewah di atas air di bahagian lagun yang menghadap gunung Otemanu.

 

Maldives

Syurga yang terletak di Lautan Hindi, Maldives berkedudukan di tengah-tengah laut India yang cantik dengan pasirnya yang bersih, halus dan putih dengan lagun yang perfect. Destinasi ini merangkumi beratus pulau di sekelilingnya. Banglo atas air yang dibina memudahkan pengunjung menikmati laut biru dengan  lebih dekat dan menimbulkan lagi suasana romantik.

 

St Lucia

Dua gunung berapi yang terletak di Carribean St.Lucia menjadi tulang belakang kepada banyak percutian romantis, resepsi perkahwinan yang ideal dan lokasi berbulan madu yang sempurna membuatkan pengalaman bulan madu lebih istimewa.

 

Skip to toolbar