Elakkan Boros Berbelanja, Gunakan Formula Pengurusan Duit Gaji Ini

Written by
|

via GIPHY

Kata orang, menunggu gaji masuk pada setiap bulan umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Bukan main lama lagi kita hendak menunggu gaji bukan. Asyik melihat kalender dan mengira hari yang mendatang tetapi jangan tanyalah perasaan gembira bila gaji dah berada dalam tangan.

via GIPHY

Tidak sampai seminggu, gaji boleh dihabiskan, bagai air yang mengalir. Niatnya hendak membuat simpanan tetapi ada saja kekangan yang menjadi batu penghalang setiap kali nak merancang perbelanjaan.

Mungkin ada yang berniat nak menyimpan gaji sebab hendak membeli kenderaan, berkahwin dan membeli rumah tetapi ada sahaja hal-hal yang memerlukan duit, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

Bagi mereka yang cerdik mengatur kewangan biasanya memiliki gaya hidup yang berbeza. Oleh sebab itu, mereka jarang sekali mengalami masalah kewangan kerana mereka tidak boros dalam berbelanja malah mereka mempunyai simpanan yang boleh digunakan pada waktu kecemasan.

Jadi, Zilzar Life mahu berkongsi cara bijak untuk mengurus dan mengatur kewangan yang boleh dijadikan panduan kita bersama. InshaAllah.

Jangan Berhutang

via GIPHY

Kalau boleh, elakkan berhutang untuk membeli barang, sama ada barang keperluan atau kehendak. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Menabung ini tak semestinya tidak boleh berbelanja tetapi kena bijak mengatur perbelanjaan kalau tidak mahu berhutang.

Pelaburan

Pelaburan menjadi pilihan utama ketika mempunyai lebihan wang berbanding memboroskannya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.

Mereka yang mempunyai pengurusan yang baik sangat peka dengan perkara ini kerana tidak selamanya seseorang itu akan terus peroduktif namun keperluan masih terus dipenuhi.

Jalani Kehidupan Sihat

via GIPHY

Tiada guna kalau banyak duit sekalipun tetapi berpenyakit. Kesadaran terhadap kesihatan amat penting buat mereka yang pendai menguruskan kewangan.

 

 

 

 

 

 

Skip to toolbar