Gementar Ketika Temuduga? Lima Tips Ini Amat Membantu

Written by
|

Gambar: askideas.com

Kebelakangan ini, kita dapat melihat sendiri di laman media sosial misalnya di mana pelbagai institusi pengajian di Malaysia telah berlangsung istiadat konvokesyen di seluruh negara. Ramai graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka, tidak kiralah dalam institusi awam mahupun swasta. Tahniah diucapkan kepada mereka semua kerana telah berjaya menghabiskan sisa-sisa pengajian mereka selama bertahun lamanya.

Selepas tamat menghabiskan pengajian maka bermulalah satu detik kehidupan baru di mana kita akan menceburi bidang pekerjaan pula. Berbeza ketika waktu kita belajar dahulu, hujung minggu di penuhi dengan ‘assignment’. Perkara paling mengembirakan sekali apabila mendapat khabar bahawa kelas ‘cancel’, senyum sampai ke telinga.

Bila bercakap mengenai pekerjaan ini, halangan pertama yang graduan harus tempuhi ialah sewaktu temuduga. Kebiasaannya graduan menghadapi masalah seperti gementar ketika ditemuduga.

Menghadapi perasaan gementar semasa temuduga adalah perkara biasa, namun, ianya perlu di atasi segera supaya tidak gagal dalam sesi temuduga.

Amalkan tips ini dan semoga berjaya dengan temuduga yang bakal anda jalani kelak.

Penafasan

via GIPHY

Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan. Lakukan berulang kali sehingga anda berasa tenang.

Persediaan Dan Latihan

Kalau anda seorang yang cepat berasa gemuruh di hadapan khalayak ramai, anda bole mengatasinya dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat dan sesekali cuba untuk menyuarakan pendapat dan pandangan pada isu yang dibincangkan. Dengan ini, anda akan lebih yakin untuk bercakap di hadapan orange ramai.

Sematkan Kata-Kata Positif Dalam Diri

via GIPHY

Sentiasa yakin dan percaya dengan kebolehan diri.

Ambil Wuduk Dan Berselawat

Gambar: abamkorie.com

Banyakkan berselawat, beristighfar dan berniat supaya perasaan gemuruh itu dijauhi oleh Allah SWT.

Motivasikan Diri

Sentiasa melihat video yang boleh memotivasikan diri supaya menjadi seorang yang yakin dan percaya diri dalam melakukan sesuatu.

 

 

 

Skip to toolbar