Gempar Lelaki Cuba Bunuh Diri Di KLCC, Isu Kemurungan Bukan Bahan Gurauan Di Media Sosial

Written by
|

Sedar atau tidak, media sosial seperti Facebook, Twitter dan pelbagai media sosial lain berupaya meningkatkan tahap kemurungan seseorang individu yang gemar menggunakan aplikasi media itu.

via GIPHY

Mengapa kami berkata begitu? Berdasarkan pemerhatian kami, kecanggihan teknologi masa kini dengan pelbagai aplikasi media sosial baharu yang dicipta menyebabkan kita tidak mahu ketinggalan menggunakannya tetapi natijahnya, ia menyebabkan generasi hari ini dibelenggu rasa sedih, tekananan perasaan dan kekecewaan yang akhirnya menyebabkan kemurungan.

 

Gambar: bipphd.wordpress

Buktinya, anda boleh lihat sendiri komen-komen yang kurang enak segelintir masyarakat kita di laman media sosial berkenaan kejadian cubaan bunuh diri oleh seorang lelaki di KLCC yang telah tular beberapa hari yang lepas.

Di bawah adalah contoh-contoh komen yang bukan sahaja memperlekehkan tindakan lelaki itu malah ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat.

Gambar: freemalaysiatoday

 

Daripada terus mempersendakan mereka yang mempunyai masalah kemurungan, adalah lebik baik jika kita membantu mereka dengan mendengari luahan yang terbuku di hati mereka dengan harapan dapat melegakan hati mereka.

Oleh sebab itu, Zilzar Life mahu berkongsi mengenai sebuah artikel mengenai nasihat yang dibenci penghidap kemurungan oleh portal myhealth.gov.my.

 Orang lain jauh lebih teruk

Nasihat ini tidak akan membantu individu menyelesaikan masalah mereka. Individu yang murung hanya memerlukan seseorang untuk berada di sisi dan memberi sokongan. Anda tidak perlu berkata apa-apa jika itu tidakmembantu mereka. Walau bagaimanapun, anda juga boleh memberitahu mereka yang mereka boleh menjadi lebih baik dan anda akan berada di sisi untuk menyokong mereka.

Anda terlalu sensitif

Nasihat ini akan memperkecil penghidap kemurungan kerana mereka akan merasakan mereka tidak berguna. Pendekatan yang terbaik adalah dengan mengalihkan fikiran negatif kepada sesuatu yang bermanfaat.

Anda tahu yang setiap orang mempunyai masalah tersendiri

Implikasi apabila anda menyatakan nasihat ini ialah seolah-olah penghidap kemurungan sebenarnya telah membuat pilihan untuk menjadi sengsara dan tidak gembira. Sebaliknya, lebih baik anda cuba untuk memahami masalah mereka dan galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Anda seorang yang  kuat dan semua akan menjadi baik-baik saja

Ya, terdapat individu yang kuat dan dapat mengatasi kesedihan atau putus asa. Sebaliknya, penghidap kemurungan mungkin berasa bahawa hidup tidak bermakna apa-apa. Jadilah pendengar yang baik dan tenangkan individu yang mengalami kemurungan.

Anda perlu belajar untuk hidup dengannya

Nasihat “anda perlu belajar hidup dengan kemurungan” tanpa kemahiran daya tindak seumpama memasuki sebuah terowong yang gelap tanpa menjumpai jalan keluar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Skip to toolbar