‘Happy Fritters Day’ Meriahkan Cuti Sekolah Kanak-Kanak Di Rumah

Written by
|

via GIPHY

Sempena menyambut ‘National Fritter Day’ yang jatuh pada 2 Disember setiap tahun, kami di Zilzar Life ingin berkongsi pelbagai ‘fritter’ enak yang pastinya membuatkan anda teringin mencubanya di rumah dan hidangkannya bersama seisi keluarga sempena cuti sekolah.

via GIPHY

Sebelum itu, mungkin ada yang tidak tahu menahu tentang ‘fritter’ ini. Di Malaysia ianya di kenali sebagai cucur yang mengandungi bahan seperti buah-buahan atau bahan mentah seperti udang, ayam dan daging.

Cucur udang

Kepada mereka yang ingin mencuba membuat cucur udang ini di rumah, tetapi mesti anda tidak tahu bagaimanakah mahu membuat cucur udang yang ranggup dan pada masa yang sama melazatkan bukan? Rahsianya terletak pada kepanasan minyak pada kuali.

Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ manakala minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangus dan hangit. Justeru itu, goreng cucur udang dalam minyak yang sederhana panas untuk cucur yang ranggup.

Cucur Epal

spoonforkbacon.

Lazimnya kita hanya mengenali cucur udang di Malaysia tetapi sebenarnya cucur epal pun ada. Kepada penggemar buah-buahan seperti epal, anda memang kena cuba sendiri rasa kelazatannya. Kepada mereka di rumah yang ingin mencuba, gunakan sahaja epal merah ataupun epal hijau ikut citarasa dan kesukaan anda. Seperti yang kita sedia maklum, buah epal sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Biarpun ia bukanlah buah tempatan dan lebih mahal sedikit berbanding buah-buahan di Malaysia ini antara khasiat dan faedah buah epal.

Membantu Penghadaman

Buah epal kaya dengan serat jadi ia membantu proses penghadaman berjalan lancar. Serat penting untuk semua jenis gizi makanan dan selain itu ia dapat mengelakkan daripada masalah sembelit sewaktu membuang air besar.

Menghindari Barah

Biarpun banyak kajian telah dijalankan berkenaan khasiat Epal dalam mengurangkan risiko penyakit barah, ia didapati mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru dengan menmperlahankan penyebaran barah tersebut.

Merawat Anemia

Buah epal juga kaya dengan zat besi dan ini sangat bagus untuk merawat Anemia atau penyakit kekurangan hemoglobin dalam darah.

Mengawal Kencing Manis atau Diabetes

Kandungan polifenol dalam buah epal dapat membantu mengawal penyakit kecing manis kerana ia mampu mengurangkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi gula.

Cucur Keju Ayam

Untuk pengetahuan semua, anda digalakkan untuk menggunakan dada ayam untuk memasak cucur keju ayam, ini kerana bahagian dada ayam lebih cepat dimasak berbanding bahagian lain.

 

Skip to toolbar