Hargai Perjuangan Fatin Syahirah Roszizi

#fightforFatin

Written by
|
Foto: Malaysiakini

Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” tatkala melihat Atlet Papan Selaju Negara, Fatin Syahirah Roszizi menerima kecaman hebat dan juga kritikan pedas dari rakyat Malaysia sendiri kerana prestasi kurang memuaskan di Sukan Asia Jakarta-Palembang.

 

Foto: uniteasia.org

 

Kecaman itu dimuat naik di media sosial Twitter tetapi berlainan pula di Instagram miliknya kerana rata-ratanya memberi kata semangat termasuk rakyat dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

 

 

Turut serta memberi kata semangat dan percaya bahawa Fatin mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam sukan papan selaju itu kelak adalah atlet terkemuka papan selaju dunia iaitu Tony Hawk.

 

 

“Jika saya terlalu mendengar komen negatif dari dunia luar sudah lama saya berhenti meluncur. Netizen ini hanya melepaskan kemarahan terhadap kegagalan dalam hidup mereka kepada anda.

 

“Jangan putus asa meneruskan perjuangan kerana anda mampu untuk menjadi inspirasi kepada generasi muda di Malaysia,” katanya.

 

 

Oleh itu, daripada terus menerus mengecam, adalah lebih baik jika kita hargai perjuangan Fatin yang berani bersaing bersama jaguh antarabangsa dengan cara:-

 

via GIPHY

 

Menzahirkan Rasa Terima Kasih Atas Perjuangan

via GIPHY

Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang telah dilakukan. Dengan ini, seseorang itu akan merasa bahawa perjuangan yang telah di lakukan dihargai oleh orang lain.

 

Jauhkan diri dari Menghina atau Mengejek Orang Lain

Hindari dari menggunakan kata-kata yang mampu mengguris atau menyakiti hati seseorang. Menghargai orang lain tidak bererti merendahkan darjatnya di depan umum atau di laman sosial media.

 

Teruskan Memberi Sokongan Moral

via GIPHY

Menyatakan sokongan berbentuk moral berupaya menjadi pembakar semangat untuk seseorang terus berusaha untuk mengecapi kejayaan yang di idamkan.

 

Jauhi Dari Menyentuh Sensitiviti Setiap Insan

via GIPHY

Adakalanya setiap kata yang di ungkap walaupun tidak sengaja berupaya menyentuh sensitiviti seseorang. Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam memilih setiap kata yang hendak di katakan.

 

Ditulis oleh: Fahmi Khairul

Skip to toolbar