Henti cabuli Hak Orang Kelainan Upaya (OKU)

Written by
|

Seperti yang kita sedia maklum. Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah seseorang yang tidak mempunyai ketidakupayaan jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera.

Dewasa ini, realitinya golongan orang kurang upaya seringkali ketinggalan terutamanya dari segi hak dalam masyarakat.

Ada yang kata nasib kumpulan ini sudah terbela dengan adanya pelbagai kemudahan awam untuk mereka seperti tempat meletak kereta, tempat duduk khas dalam bas, LRT, komuter, tandas dan lain-lain.

 

Persoalannya, adakah benar segala yang tercatat di atas telah menjadi hak mereka? Katakan dengan jujur. Tidak bukan?

 

via GIPHY

 

Ketahuilah bahawa hak-hak mereka masih lagi dinafikan malah dalam bahasa kasar, hak mereka masih dicabuli oleh orang awam yang normal fizikalnya. Tidakkah anda rasa bersalah dengan perkara yang anda telah lakukan kepada mereka?

 

via GIPHY

 

Jadi, ucapkan kata maaf anda jika anda pernah berbuat demikian kepada hak-hak mereka.

 

via GIPHY

Henti cabuli hak OKU! Melalui kebanyakkan kes, tempat letak kereta dan tandas tempat duduk mereka digunakan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah oleh orang bukan OKU.

Realitinya, bayangkan kalau barang kita digunakan oleh orang lain tanpa keizinan kita. Sudah tentu kita akan mengamuk bagaikan lembu naik minyak. Jadi, fikirkan perasaan mereka apabila kita mengguna pakai kemudahan yang telah ditetapkan untuk mereka.

Skip to toolbar