Buli Siber, Hentikan Serta Merta!

Written by
|

Entri kali ini agak ‘emotional’ sedikit kerana ia berkaitan dengan buli siber. Fenomena siber buli yang berlaku sekarang barada di tahap serius dan seringkali berakhir dengan kematian.

 

via GIPHY

 

Jika buli siber ini tidak dibendung, ia akan menjadi ancaman kepada diri dan masyarakat kerana ianya dikesan lebih bahaya berbanding buli secara fizikal berikutan ia boleh dilakukan sesiapa saja tanpa kawalan di alam internet.

 

via GIPHY

 

Kecederaan mangsa buli secara fizikal dapat dilihat dengan mata kasar, tidak seperti mangsa buli siber kerana mereka akan mengalami gangguan dari segi mental atau emosi.

Menurut laporan Kosmo!, sebuah keluarga kecewa akibat kehilangan anak perempuan mereka kerana membunuh diri akibat dibuli oleh pembuli-pembuli siber di laman sosial.

Remaja itu, Amy Everett atau Dolly, 14, yang pernah menjadi model bagi jenama topi terkenal Akubra membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli siber pada 3 Januari lalu.

Mengapa perkara tragis sebegini sering berlaku?  Bukankah kita sesama manusia? Bukankah manusia harus memahami antara satu sama lain? Bukankah manusia ketawa jika ada perkara yang mengembirakan dan menangis jika disakiti jadi mengapa kita menyakiti antara satu sama lain?

 

 

Di samping itu, Dr Rozanizam Zakaria, Pensyarah dan Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia I-Medik Pahang juga memberikan komen mengenai isu ini;

“Minggu-minggu awal persekolahan ini laman sosial dihujani dengan video-video lucu gelagat anak murid di sekolah. Kebanyakkannya datang dengan tema yang kononnya lucu dan menghiburkan ditambah perisa dengan coretan-coretan jenaka.

Termasuklah video kanak-kanak yang gagal membaca dengan betul, menangis di kelas, dan mengungkap kata-kata yang melucukan bagi sesetengah dewasa.

Tidak kira yang siapa yang merakam atau menyebarkannya, apa yang kita tahu ialah ianya telah tular di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Ianya disambut dengan senyuman, tawa dan akhirnya kembali tular,” katanya.

Tambahnya, sisi lain fenomena ini yang sering kita terlepas pandang ialah akibat dan kesannya kepada mangsa yang dirakam. Dalam kes ini, kanak-kanak itu sendiri.

 

via GIPHY

 

“Perbuatan merakam dan menyebar tanpa izin itu sendiri bukan sahaja menyalahi sempadan privasi individu malah lebih teruk mengesani mereka secara langsung. Dimalukan, menjadi bahan tawa dan diejekan merupakan komplikasi yang lumrah hasil tindakan individual itu sendiri. Apa yang lebih malang, semua ini akan kekal dalam simpanan alam siber sehingga kanak-kanak ini dewasa,” katanya lagi.

 

 

Oleh itu, usaha utama untuk mengekang kejadian siber buli ini berlaku adalah dengan mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak yang perlu agresif dalam memberikan pendedahan atau kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan menjaga maklumat.

 

Skip to toolbar