Hidangan Lebih Enak Dengan Sambal Hitam Sofea

Written by
|

via GIPHY

Untuk pengetahuan semua, hari ini Zilzar Life akan membawa pembaca semua ke negeri Pahang. Bila bercakap mengenai negeri Pahang, semestinya makanan popular di sana seperti ikan patin masak tompoyak terlintas di fikiran tetapi kali ini kami ingin memperkenalkan Sambal Hitam Sofea asli dari Felda Tersang, Raub, Pahang yang sedap lagi lazat.

Dewasa ini, kita sendiri dapat melihat pelbagai versi sambal hitam yang dijual di Malaysia. Namun begitu, sambal hitam Sofea semestinya paling sedap dan lazat.

via GIPHY

Kenapa kami kata begitu? ini kerana sambal hitam Sofea atau lebih dikenali sebagai sambal hitam belimbing buloh Pahang merupakan sejenis makanan yang berasaskan buah belimbing buloh yang sangat popular di negeri Pahang.

Mesti pembaca tertanya-tanya bagaimanakah rasa sambal hitam Sofea ini bukan? rasanya masam, pedas, manis dan berlemak malah sesuai dimakan bersama nasi putih. Jikalau pembaca tidak mahu makan dengan nasi kerana asyik-asyik makan nasi je kan. Tidak mengapa, sambal hitam Sofea ini memang sesuai dan enak dimakan bersama roti, roti canai, bubur, lemang dan ketupat.

Di samping itu, sambal hitam Sofea ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja anda suka. Misalnya di bawa ketika bercuti dalam atau ke luar negara. Di bawa ke restoran mamak pun boleh, sambil itu boleh cuba makan sambal hitam Sofea dengan roti canai.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sambal hitam Sofea ini terdiri daripada belimbing buloh yang direbus, ditumbuk, dicampurkan lada kecil, bawang, serta ikan bilis.

Bagi pelanggan dan pembaca yang berminat mahu mencuba dan merasai sendiri kesedapan dan kelazatan sambal hitam Sofea ini, anda semestinya boleh membelinya sekarang secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dibawakan oleh Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Store untuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

Skip to toolbar