Iftar Gaya Estetik di Pinggan Puteh, Shah Alam

Written by
|

 

Secara zahir, Pinggan Puteh kelihatan seperti restoran atau kafe ‘hipster’ yang semakin ‘mainstream’ di Malaysia. Tetapi, setelah anda menjejakkan langkah ke dalam restoran ini dan mencuba hidangan mereka, anda pasti berubah fikiran.

 

 

Hanya di Seksyen 7, Shah Alam, Pinggan Puteh telah ditubuhkan oleh sekumpulan rakan karib yang berbeza pengalamannya. Paling menarik, pengalaman dan kepakaran mereka itu juga merupakan rahsia penubuhan Pinggan Puteh yang berjaya.

 

Temu bual disebalik penubuhan Pinggan Puteh

 

Kami sempat mencuri masa salah seorang daripada pengasas bersama Pinggan Puteh, Chef Tariq bagi menyingkap cerita disebalik penubuhan restoran unik ini.

Chef Tariq, ketua chef di Pinggan Puteh mempunyai pengalaman berkhidmat di Hotel Le Meridien, KL selama lebih kurang 6 tahun sebelum mengusahakan restoran ini.

 

Mereka sebenarnya sekumpulan kawan yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang kulinari, hospitaliti, dan juga seni reka bentuk dalaman. Selain mengusahakan restoran ini, mereka juga aktif menyediakan perkhidmatan katering (White Plates KL), perancang majlis (White District KL), dan ruang acara atau ‘event space’ (Glam Hall @ Mercu Mustapha Kamal)

Chef Tariq dan pengasas bersama, Ahmed Faris memilih untuk menyajikan hidangan tradisional berlatarkan suasana restoran yang moden ini kerana memahami bahawa ianya adalah trend terkini. Seni rekaan bentuk dalaman Pinggan Puteh bukan sahaja moden tetapi juga ‘minimal’ dan sangat menyegarkan dengan sentuhan warna-warna pastel di ruang makan anda. Difahamkan, mereka mempunyai dua orang lagi pengasas bersama iaitu dua sahabat wanita mereka yang berpengalaman dalam bidang rekaan bentuk dalaman. Pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki ini memberikan kelebihan kepada mereka untuk menjadikan Pinggan Puteh sebagai sebuah restoran yang ‘fancy, yet budget friendly’.

 

Tawaran istimewa Pinggan Puteh sempena Ramadhan ini

 

Bulan Ramadhan ini Pinggan Puteh menawarkan menu set berbuka dengan harga yang sangat berpatutan dan saiz hidangan yang lumayan untuk dikongsi bersama keluarga dan yang tersayang. Pengalaman iftar anda di sini pasti yang paling best sekali kerana servis dan layanan yang diberikan oleh staf mereka sangat cekap dan mesra.

 

 

Bersama pengalaman dalam bidang katering, mereka mampu memberikan perkhidmatan yang efisyen walaupun dengan jumlah pelanggan yang ramai dan keadaan dapur yang sibuk. Anda tidak akan kecewa kerana mereka tidak akan biarkan anda menunggu lama dan kelaparan.

 

Hidangan istimewa yang ‘Most Wanted’

 

Menurut Chef Tariq, ini adalah antara hidangan istimewa Pinggan Puteh yang sentiasa menjadi kegemaran pelanggan mereka. Bagi yang ingin mencuba buat pertama kali, anda boleh cuba beberapa hidangan ini:

 

Lontong Rendang Goreng MYR14

 

 

Resepi asal hidangan lontong ini tidak sedikit pun diubah namun berjaya tampil unik hasil olahan Chef Tariq yang bakal menaikkan lagi selera anda. Lontong ini bukan sahaja dihidangkan dengan kuah lemak biasa semata-mata. Bertemankan ketulan nasi himpit yang gebu dan lembut, rendang daging yang empuk dan berjus, ditambah pula dengan sambal cili kering yang memberikan ‘kick’ kepada hidangan anda. Oh, jangan lupa bawang goreng ranggup “kriuk kriuk” yang semestinya melengkapkan hidangan ini. Hasilnya? sangat memuaskan!

Secara keseluruhannya, Chef Tariq berjaya menyeimbangkan hidangan lontong ini dengan gabungan rendang daging, sambal cili kering, dan bawang goreng. Anda pasti tidak akan jemu sehinggalah ke suapan yang terakhir.

 

Review daripada salah seorang pelanggan Pinggan Puteh yang telah mencuba Lontong Rendang Goreng

 

 

Lontong Labu Labi MYR9

 

 

Seperti Lontong Rendang Goreng tadi, hidangan ini cuma berbeza dari segi lauk sampingannya. Lontong labu labi ini dihidangkan bersama ketulan labu yang menambahkan lagi rasa enak berkrim pada kuah lemak lontong ini. Selain itu, telur goreng mata (sunny side up egg) ditambah untuk melengkapkan lagi hidangan ini. Kuning telur yang lembut dan cair ini pasti menambahkan selera anda ketika menjamah masakan lontong ini.

 

Nasi Bujang Daging Tumbok MYR9

 

 

Hidangan nasi bujang dalam kalangan masyarakat kita sangat lazim kerana set hidangan ini murah dan mengenyangkan. Chef Tariq mengolah sedikit konsep nasi bujang dengan mengubah lauk utama set hidangan tersebut. Biasanya, set nasi bujang mengandungi nasi puith, telur dadar dan juga sup kosong. Tetapi Chef Tariq yang inginkan kelainan berhasrat untuk menyediakan hidangan yang lebih lengkap dan kaya dengan nutrisi. Maka lauk daging tumbok diperkenalkan dalam set ini. Sayur campur dan sup panas yang enak juga dihidang bersama sebagai sampingan.

Secara keseluruhannya, daging tumbok ini dimasak dengan begitu baik sekali. Bahagian luarnya agak ranggup tetapi dagingnya masih berjus, empuk dan tidak liat langsung! Sambal daging tumbok ini pula cukup rasa dan tidak terlalu berminyak dan pedas. Hidangan ini juga seimbang kerana terdapat sayur dan sup sampingan yang kaya dengan nutrisi dan mengenyangkan.

 

Chilli Budu Fries with Daging Tumbok MYR15

 

 

Akhir sekali, untuk anda yang tidak terlalu lapar dan hanya ingin melepak sambil menikmati kudapan boleh cuba chilli budu fries dengan daging tumbok ini. Pada mulanya anda mungkin berasa ragu-ragu dan dapati ‘combo’ ini sedikit pelik. Tapi saya boleh jamin yang sekali anda cuba anda pasti nak lagi! Kentang goreng ini digoreng dengan begitu sempurna sekali, ranggup di luar dan lembut di dalam. Dihidangkan pula dengan daging tumbok yang lazat dan ‘juicy’ dan sedikit sos budu yang memberikan ‘twist‘ kepada snek ini.

Menurut Chef Tariq, hidangan ini diinspirasikan oleh snek barat yang terkenal iaitu ‘chilli cheese fries’ yang biasanya dihidangkan bersama stu daging hancur dan sos keju yang melimpah. Chef Tariq ingin mengekalkan unsur masakan Melayu dalam hidangan ini maka beliau olah resepi ini dengan sentuhan tradisional yang berunsurkan sedikit pantai timur.

 

 

Skor dan penilaian

Lokasi: Strategik dan mudah diakses kerana banyak tempat letak kenderaan

Suasana dan kebersihan: Suasana yang relax, tempat yang bersih, kemas dan teratur.

Kualiti dan rasa makanan: Sangat enak! Rasa makanan dan saiz hidangan juga konsisten.

Perkhidmatan pelanggan: Mesra dan sangat efisyen. Setiap tempahan akan diproses dalam masa yang singkat.

Harga: Berpatutan dan berbaloi dengan kualiti makanan dan saiz hidangan.

 


 

Alamat: 30G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor

No Tel: 03-5524 6828

Waktu operasi biasa: Setiap hari, 11am – 11pm

Waktu operasi (Ramadhan): Setiap hari, 4pm – 11pm

Facebook: https://www.facebook.com/pingganputeh/

Instagram: https://www.instagram.com/pingganputeh/

 


 

Oleh: Suraya Sidek

Sumber foto: https://www.instagram.com/pingganputeh/ 

Skip to toolbar