Jenama Malaysia Meluaskan Pengaruh Di London Modest Fashion Week (LMFW) 2018

Bintang Hollywood Lindsay Lohan turut hadir!

Written by
|

London Modest Fashion Week atau LMFW telah bermula sejak tahun lepas dan kini menjadi acara yang semakin hangat dan terkenal.

Diasaskan oled Haute Elan sejak tahun lepas, LMFW telah menghadirkan pereka-pereka fesyen ‘modest’ dari seantero dunia ke Victoria House, London bagi mengubah stereotaip terhadap fesyen ‘modest’ yang wujud di industri fesyen dunia.

Tahun ini, LMFW kembali dan penyertaan dari Malaysia tidak terkecuali.

Hujung minggu yang lalu, beberapa jenama yang terkenal hasil bakat kelahiran Malaysia telah melebarkan sayap di negara Ratu Elizabeth tersebut.

 

Aere

 

Jenama busana Muslimah kontemporari oleh Raja Nadia Sabrina, seorang mantan peguam dan juga influencer di media sosial. Busana yang direka beliau sangat selesa, kreatif, inovatif dan juga versatile.

 

Source: https://www.instagram.com/aere/

 

Aere, salah satu jenama yang terpilih untuk pertunjukan fesyen di LMFW menampilkan koleksi rekaan terkini dengan potongan klasik yang minimal di samping rona pastel yang memberikan sentuhan feminin.

 

Source: https://www.instagram.com/aere/

 

Gambar yang dimuat naik di akaun Instagram Aere Malaysia menunjukkan keterujaan mereka apabila mengumumkan bahawa mereka sebahagian daripada LMFW 2018. Pengasas Aere juga kelihatan sibuk di Victoria House, London pada hujung minggu lepas bagi memastikan agenda mereka berlangsung dengan sempurna.

 

Source: https://www.instagram.com/aere/

 

 

Aidijuma

 

Jenama tudung berbentuk bawal terkemuka di Malaysia ini juga berjaya menjadi sebahagian daripada acara fesyen tersebut. Selain itu, pengasas jenama ini, Datin Norjuma Habib Mohamed juga menekankan peranan Aidijuma sebagai penyumbang kepada revolusi ‘modest fashion’.

 

Source: https://www.instagram.com/aidijuma/

 

 

 

Mimpikita

 

 

Source: https://www.instagram.com/mimpi_kita/

 

Diasaskan oleh tiga beradik, Mimpikita ditubuhkan bagi merealisasikan impian dalam mereka cipta busana yang berkualiti dan mencerminkan diri setiap pemakainya sebagai seorang individu. Menurut caption mereka di Instagram, “Now, are you ready for the NEXT DROP?”, Mimpikita teruja mempersembahkan sesuatu yang baharu dalam koleksi mereka.

 

 

Source: https://www.instagram.com/mimpi_kita/

 

Selain Aere, Mimpikita juga terpilih untuk berada di atas pentas peragaan di London itu. Berikut adalah screenshot daripada Insta-story pengasas bersama portal dalam talian beli-belah FashionValet, Vivy Yusof yang menampilkan koleksi-koleksi busana rekaan Mimpikita.

 

 

 

Berdiri di samping dua orang pengasas bersama Mimpikita, model memperagakan busana bermanik rona biru dan persalinan bahagian lapisan dalam berwarna vanilla kelihatan memberi lebih definisi kepada busana tersebut.

 

 

 

Peragaan kedua ini menampilkan padanan blaus bermotif floral bersama skirt potongan maxi bercorak plaid. Gabungan floral dan plaid kelihatan fresh kerana rona warna skirt yang lembut menyeimbangkan gaya tersebut.

 

 

 

Peragaan ini pula menampilkan busana seakan jubah potongan moden yang bermotifkan corak abstrak. Berona terang yang kelihatan bold menonjolkan lagi keunikan rekaan ini.

 

Vivy Yusof, Usahawanita Berlandaskan Iman

 

Source: https://www.instagram.com/vivyyusof/

 

Di samping itu, pengasas bersama FashionValet dan antara individu yang paling berpengaruh dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 turut serta sebagai salah seorang jurucakap panel bagi sesi Leading Female Entrepreneurs of Faith. Beliau berbicara mengenai perjalanannya sebagai seorang usahawanita dalam mencapai keseimbangan hidup merangkumi keluarga, perkahwinan, dan perniagaan yang berlandaskan keimanannya.

 

 

Source: https://www.instagram.com/vivyyusof/

 

Gambar yang dimuat naik oleh Vivy di Instagram menunjukkan beliau menggayakan blaus dari Mimpikita semasa di London sebagai tanda sokongannya terhadap jenama tempatan tersebut.

 

Source: https://www.instagram.com/vivyyusof/

 

Vivy juga sempat berkunjung ke tapak Mimpikita dan mengekspresikan kebanggaannya terhadap jenama seperti Aere dan Mimpikita kerana berjaya menjadi sebahagian daripada acara tersebut dan meluaskan pengaruh mereka di Kota London.

 

Bintang Hollywood Berhijab di LMFW

 

Di kesempatan itu, kehadiran Lindsay Lohan, selebriti terkenal Amerika Syarikat di LMFW menarik perhatian ramai apabila beliau tampil berhijab!

 

Source: https://www.instagram.com/aidijuma/

 

Pelakon utama filem terkenal ‘Mean Girls’ tersebut merupakan tetamu kehormat jemputan Haute Elan di LMFW. Gambar di atas merupakan aksi swafoto pengasas jenama Aidijuma bersama Lindsay.

 

Source: https://www.instagram.com/hawa__cosmetics/

 

Menurut Hawa Cosmetics, jenama kosmetik halal dari United Kingdom itu, Lindsay telah berkunjung ke tapak mereka dan membeli beberapa produk.

Lindsay juga berkata dia amat gemar memakai kosmetik halal dan juga solekannya semasa menghadiri acara tersebut menggunakan semua produk kosmetik halal.

Melihat rekaan-rekaan daripada jenama tempatan Aere dan Mimpikita diatas pentas peragaan LMFW 2018, ia merupakan suatu pencapaian bagi industri fesyen Malaysia yang patut kita banggakan. Melalui acara berprestij ini, peminat fesyen dari negara-negara luar akan membuka mata dan memberi pengiktirafan kepada jenama busana daripada Malaysia yang juga setanding rekaan antarabangsa.

 

Featured image source: https://www.lmfw.co.uk/

By: Suraya Sidek

Skip to toolbar