Jimat Duit Semasa Melancong Dengan 5 Tips Ini

Written by
|

Mahu melancong ke luar negara dan melihat pelbagai destinasi menarik yang terdapat di sana tetapi pada masa yang sama mahu berjimat cermat. Mustahil atau tidak? Jawapan untuk soalan itu akan anda temukan dibawah ini.

Lawati tempat menarik tanpa dikenakan caj atau bayaran

Kalau anda rajin, sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik yang tidak dikenakan bayaran kepada pengunjung. Itu adalah peluang terbaik untuk anda dan gunakan sebaik-baiknya. Mungkin ada aktiviti yang agak murah disediakan kepada pelancong tapi ianya tidak dipromosikan.

via GIPHY

Kemudahan wifi percuma

Kemudahan wifi percuma merupakan manfaat terbesar dan apa yang kita mahukan. Di kebanyakan bandar raya utama, wifi disediakan untuk kegunaan pelanggan secara percuma. Paling penting anda tidak perlu mengeluarkan duit.

via GIPHY

Layari dan cari aktiviti percuma

Layari aktiviti-aktiviti percuma yang disediakan di bandar atau perkampungan pelancongan yang bakal anda lawati. Pastinya ada aktiviti yang dianjurkan oleh badan kebudayaan atau pelancongan, kementerian, pihak berkuasa tempatan secara percuma. Gunakan tawaran itu dengan berhemah, kadang-kala ia amat berbaloi apatah lagi jika anda bersama keluarga besar, banyaklah berjimat!

via GIPHY

Kawal pembelian makanan atau masak sendiri

Jika anda bijak mengurus, pembelian terhadap makanan dapat dikurangkan. Kunjungi kedai runcit tempatan dan dapatkan makanan seperti roti, daging segera sandwich dan pelbagai makanan yang lebih mengenyangka.
Jika tempat tinggal anda mempunyai kemudahan memasak, gunakan sebaik mungkin.

via GIPHY

Muat turun aplikasi mesra pelancong

Anda pun tahu kewujudan pelbagai aplikasi mesra pelancongan. Ia boleh jadi aplikasi umum seperti Trip Advisor atau Agoda.com ataupun aplikasi setempat. Ia akan memudahkan perjalanan anda, hindari dari kekeliruan dan kerugian masa dan tenaga, kadang-kala wang anda juga. Aplikasi ini juga turut menyediakan tawaran tertentu, gunakannya dengan bijak.

via GIPHY

 

 

Sumber: freemalaysiatoday.com

 

Skip to toolbar