Khasiat Habbatus Sauda Penawar Pelbagai Jenis Penyakit.

Written by
|

Habbatus Sauda merupakan sejenis tumbuhan herba yang berbunga secara tahunan.

Keberkesanan khasiat habbatus sauda atau dikenali sebagai jintan hitam (Nigella sativa Linn.) secara semula jadi terutamanya penggunaannya menerusi kaedah rawatan alternatif sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Baru-baru ini, penulis menghadapi masalah gastrik hingga hilang selera makan. Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana.

Tetapi setelah mengamalkan minyak dan biji habbatus sauda ini, dengan izin Allah SWT, masalah gastrik sudah semakin berkurang dan memulih.

Diriwayatkan dari Aisyah RA, beliau mendengar Rasullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Aku bertanya, “Apakah Al-Sam itu?”
Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”. – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Khasiat habbatus sauda yang ramai tidak tahu.

  1. Habbatus sauda membantu menguatkan kembali fungsi hempedu, buah pinggang, hati, jantung dan organ-organ lain dalam tubuh. Oleh itu, ia boleh membantu pesakit kencing manis, darah tinggi, gaot, jantung dan sebagainya.
  2. Membersihkan perut, membuang angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun, ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.
  3. Menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Kandungan yang lengkap dalam Habbatus Sauda menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah dan membantu ke arah penyembuhan semula jadi.
  5. Minyak Habbatus Sauda membantu merawat kanser payudara dan kanser usus.
  6. Membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
  7. Melancarkan pengeluaran susu bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan.
  8. Kandungan nigellon yang terdapat di dalamnya adalah baik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, asma dan lelah.
Skip to toolbar