MENJELANG musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, orang ramai pasti sudah mula memikirkan tentang idea biskut raya yang ingin ditempah atau dibuat sendiri.

Kredit gambar: Instagram
Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai biskut susu berbentuk coklat Hersheys yang merupakan resepi daripada seorang pengguna Facebook bernama Maria Khalisya Khalis.
Resepi dan cara membuat biskut susu yang hanya menggunakan 4 bahan itu kemudiannya dikongsikan wanita tersebut di laman Facebooknya dan mendapat perhatian netizen.
Ini kerana bentuknya yang comel dan kemas selain ia turut kelihatan seperti seorang makhluk asing dan sangat sedap dimakan. Biskut ini dikatakan lembut dan akan cair di dalam mulut apabila memakannya.
Anda patut cuba kuih raya viral ini kerana ianya sangat mudah dan hanya memerlukan 4 bahan-bahan sahaja.
Bahan-bahan:
1/2 buku Buttercup
1/2 tin susu pekat manis
400g (sepeket) tepung jagung
4 sudu makan susu tepung
Cara membuat:
- Adunkan kesemua bahan tadi sehingga menjadi doh
- Sekiranya adunan terlalu keras, tambahkan 2 sudu butter untuk melembutkan doh
- Apabila sudah menjadi doh yang sempurna, bentukkan kuih anda
- Tambahkan hiasan seperti cip coklat, manik gula atau apa apa sahaja mengikut citarasa dan kreativiti anda.
- Bakar pada suhu 165 – 170 darjah celcius, api bawah sahaja selama 25 minit untuk dapatkan bentuk ‘alien’ yang comel dan gebu
- Selamat mencuba!
Oleh: Suraya Sidek