Terbukti Lima Cara Sebar Kebaikan Di Media Sosial

Written by
|

Segala puji bagi Allah SWT yang memerintahkan supaya manusia berlaku ihsan dan menyatakan bahawa dia mencintai orang-orang yang berlaku sedemikian.

Berada dalam dunia era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) masa kini, kuasa maklumat dikatakan berada di hujung jari dengan betapa pantas dan meluasnya, ia dikatakan dapat menjangkau pergi.

Kewujudan pelbagai laman sosial dan aplikasi moden telah memudahkan sesuatu berita atau maklumat disebarkan dengan meluas dan pantas.

Namun, terdapat juga keburukan apabila maklumat-maklumat itu tidak diketahui kesahihannya, berunsur fitnah dan hasutan sehingga boleh mengganggu gugat kesejahteraan dan ketenteraman umum.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan seseorang muslim untuk mendidik, salah satu caranya adalah dengan menggunakan media sosial, tidak kiralah berbeza peringkat umur sekalipun, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk saling ingat mengingati kepada orang lain, agar kebaikan yang kita lakukan ini berterusan hingga ke syurga. InshaAllah.

Muat Naik Status Bermanfaat

via GIPHY

Gunakan akaun media sosial anda dengan memuat naik pengisian yang bermanfaat kepada orang lain. Misalnya, menulis di status atau post anda dengan beberapa potongan maksud ayat Al-Quran dan hadis. Andai kata anda mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial, nescaya walaupun tidak semua tetapi ada juga pengikut anda yang telah membacanya.

Sebarkan Pengisian Yang Bermanfaat

via GIPHY

Cara lain untuk mendapatkan pahala dan membuat kebaikan dengan mudah adalah dengan menyebarkan perkara-perkara yang bermanfaat di media sosial. Misalnya, anda membaca status seseorang dan anda berasa apa yang ditulis itu amat bermanfaat kepada mereka yang lain maka sebarkan ia dengan menggunakan kemudahan butang share kepada orang lain. Siapa tahu, penulisan itu dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang masih tercari-cari makna sebuah kehidupan.

Kepada mereka yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai, anda boleh membantu untuk menyebarkan penulisan tersebut.

Pengiklanan Program Ilmu

Gambar: Yayasan Restu

Anda juga boleh mengiklankan program-program ilmu di laman sosial media anda tidak kiralah di di laman sosial Facebook mahupun Instagram milik anda. Berikan informasi mengenai nama program, penceramah dan tempat program itu dijalankan. Lebih mudah jika anda memuai naik gambar program tersebut jika ada.

Himpukan Ahli Keluarga Dalam Satu Kumpulan Di Media Sosial

Anda sendiri tahu bahawa laman media sosial seperti Facebook misalnya mempunyai features ataupun ciri untuk mencipta group (kumpulan). Dengan kemudahan seperti ini, semua ahli keluarga yang jauh serta dekat boleh dihimpunkan dalam satu kumpulan. Oleh itu, hubungan sillaturrahim antara keluarga terdekat mahupun berada jauh dapat dieratkan. Selain itu, Kebaikan kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk mengetahui khabar berita seisi keluarga selain dapat berkongsi pelbagai kebaikan.

Perbincangan Ilmu Di Media Sosial

Kepada mereka yang mempunyai persoalan dan kemusyikilan mengenai sesuatu, media sosial boleh dijadikan platform untuk membincangkan perkara tersebut. Tulis sahaja mengenai persoalan yang bermain di fikiran dan tag sahaja ustaz mahupun penceramah mempunyai pengetahuan dalam perkara itu supaya dapat menjawab setiap soalan yang diajukan.

 

 

Image by: Shutterstock

 

 

 

 

Skip to toolbar