Malaysia, Syurga Makanan.

Baru sudah beraya...sekarang merdeka pula! ūüėÜ

Written by
|

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha pada Rabu lepas kini bakal disusuli semula dengan sambutan Kemerdekaan yang ke 61.

Kini, tinggal sehari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia seluruh negara beramai-ramai memeriahkan sambutan berkenaan.

Sebagaimana semangat patriotik yang ditunjukkan pada sambutan Merdeka tahun-tahun yang lepas, pelbagai aktiviti lain untuk membangkitkan semangat patriotik di dalam diri kita boleh dilakukan bersama antaranya meraikan keunikan dalam negara sendiri.

Salah satu perkara yang membuatkan Malaysia unik di mata dunia adalah kepelbagaian dan keenakkan makanan yang terdapat di tanah air tercinta ini. Mengikut¬†senarai ‚ÄúDestinasi yang mempunyai makanan terbaik di dunia‚ÄĚ yang dikeluarkan oleh CNN pada tahun 2015,¬†Malaysia berada pada kedudukan keenam keseluruhan.¬†

 

 

Menerusi pelbagai hidangan enak seperti nasi lemak, sate, laksa, rendang, dan roti canai, kita sememangnya dikenali sebagai syurga makanan oleh masyarakat antarabangsa.

Berbanding pada Rabu lepas, sajian utama pada ketika itu adalah ketupat palas, nasi impit dan rendang sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.

Maka, ayuh sama-sama kita hadir bagi memeriahkan lagi sambutan hari penuh bersejarah yang bertemakan ‚ÄúSayangi Malaysiaku‚ÄĚ itu.

 

 

Ditulis oleh: Fahmi Khairul

 

Skip to toolbar