Nak Jadi Pekerja Yang Produktif? Amalkan Tips Mudah Ini Dan Motivasikan Diri Dengan Mengenakan Busana Dari Aira Malaysia

Written by
|

Cuba ingat kembali waktu dahulu di mana kita mendapat kiriman email daripada syarikat yang telah kita memohon pekerjaan. Dalam email itu menyatakan bahawa kita layak dan berjaya untuk menghadiri satu sesi temuduga.

via GIPHY

Terukir senyuman di bibir pada ketika itu malah siap berazam lagi mahu bekerja lebih keras. Bahkan jika lulus sesi temuduga itu, kita tidak ambil kisah jika terpaksa bekerja lebih masa jika disuruh oleh bos dengan syarat mestilah dibayar kan.

via GIPHY

via GIPHY

Realitinya, siapa mahu bekerja lebih masa tanpa bayaran. Selain itu, adakah anda seorang pekerja yang produktif? Jika tidak, pada entri kali ini, Zilzar Life mahu berkongsi tips bagaimana mahu menjadi seorang pekerja yang produktif.

Abaikan sementara telefon anda

Mengapa kami berkata demikian, dalam bahasa yang mudah, telefon ini membuatkan kita jadi lalai. Lalai dari segi apa? Jawapan mudahnya, lalai dari segi menyiapkan sesuatu tugas yang diamanahkan oleh bos.

Ianya seakan-akan mempunyai sumpahan sakti di mana sekali kita menyentuh telefon itu, kita berasa sukar untuk melepaskannya. Pada permulaannya, tergerak hendak melihat ‘whatsapp’ tahu-tahu dah ke ‘Instagram’ selepas itu ke ‘Twitter’ pula, jadinya masa kita telah terbuang di situ.

Oleh itu, kerja yang sepatutnya boleh siap dengan cepat malah jadi lambat disebabkan alat telekomunikasi ini.

Pastikan mempunyai tidur yang mencukupi

via GIPHY

Seperti biasa, tidur yang tidak mencukupi memberi kesan buruk kepada kesihatan diri malah ia juga menganggu produktiviti sewaktu melakukan pekerjaan. Fokus kita akan terganggu dan mula mengeluh jika diberikan tugasan. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup supaya diri lebih produktif.

Hadir awal ke tempat kerja

via GIPHY

Lagi awal anda tiba ke tempat kerja adalah lebih baik, kerana ini boleh meningkatkan lagi produktiviti. Selain itu, ia juga membantu anda untuk mendapatkan idea tentang cara untuk menyusun tugasan supaya mudah disiapkan.

Fokus pada satu tugas atau kerja sahaja

via GIPHY

Untuk menjadi lebih mahir dalam tugasan yang diberikan, anda perlu fokus kepada satu tugas yakni skop kerja anda sendiri. Fokus amatlah penting kerana masa yang digunakan semasa melakukan sesuatu pekerjaan dapat dijimatkan dan produktiviti kerja akan semakin meningkat, seterusnya tanggungan kerja berkurangan.

Elak buat dua kerja dalam suatu masa

via GIPHY

Buat dua kerja dalam satu masa atau dipanggil sebagai ‘multitasking’ lebih sinonim dengan perempuan. Sungguhpun begitu, tak semua individu mempunyai kelebihan sebegitu. Jadi, cuba elakkan perkara ini kerana ia akan memberikan tekanan kepada diri anda.

Memberi kursus kepada pekerja

Untuk menjadi pekerja yang produktif, adalah lebih baik jika sesebuah organisasi menganjurkan bengkel, kursus dan seminar untuk pekerjanya. Manfaat ini dapat digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan memperbaiki lagi kekurangan yang dihadapi oleh pekerja dan organisasi itu sendiri.

Tampil imej kemas dengan Shantung Pants’ dan ‘Tunic Jacket’ Jenama Aira Malaysia

 

Textured Shantung Pants in Baby Pink

 

Pelengkap kepada produktiviti yang baik semasa bekerja semestinya dengan mengenakan pakaian yang kemas, selesa dan tidak terlalu menonjol. Etika berpakaian yang tepat juga perlu dititikberatkan untuk ke pajabat. Ia menjadi faktor penting dalam memastikan kerjaya seiring dengan penampilan. Benar, pejabat bukanlah pentas peragaan untuk mempamerkan fesyen anda. Namun ia sebagai motivasi untuk anda lebih yakin dalam kerja anda selain sedap mata memandang.

 

Tunic Jacket In Purple Florals

 

Jangan tunggu lagi, dapatkan sekarang ‘Shantung Pants’ dan ‘Tunic Jacket’ jenama Aira Malaysia. Pembelian boleh dibuat secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dibawakan oleh Zilzar Life.

 

 

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Store untuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah di produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

 

 

Skip to toolbar