Percaya Atau Tidak, Lima Jenis Masakan Ini Mampu Menambat Hati Suami

Written by
|

“Cakap je apa abang nak makan pagi ini? saya akan masak semuanya untuk abang….”

Suami mana yang tak tersenyum lebar jika dapat soalan macam ini daripada isteri tercinta. Manakan tidak, isteri sanggup bangun awal pagi demi untuk memasak lauk pilihan hati suami seterusnya menambat hatinya walaupun kadangkala si isteri asyik memasak lauk mengikut citarasanya sahaja.

Kadangkala, kita sebagai suami ni hendak juga merasa makanan kesukaan kita juga bukan? Walaupun begitu, jangan pula kita minta pelbagai jenis lauk pauk pula untuk dimasak, kesian si isteri penat kerana terlalu berada lama di dapur demi memenuhi kehendak suami.

 

Kerabu Udang Bersama Tomato Hijau

Kerabu udang bersama tomato hijau ini merupakan makanan yang lazat dan menyihatkan. Disamping itu, penggemar makanan laut seperti udang dan ketam semestinya wajib mencubanya. Si suami jangan makan terlalu banyak, simpan sikit untuk isteri tercinta juga.

Resepi kerabu udang bersama tomato hijau : http//myresipi.com/recipes/kerabu-udang-bersama-tomato-hijau

Asam Pedas Kepala Ikan Salmon

Kebiasaannya masakan seperti asam pedas menggunakan ikan seperti ikan kaloi, ikan sembilang dan ikan merah tetapi rasanya juga enak jika anda menggunakan ikan salmon. Jangan tanya kenapa si suami mintak tambah nasi nanti.

Gambar resepi: says.com

 

Ayam Masak Lemak Cili Api

Ayam masak lemak cili api ini menjadi menu masakan kegemaran buat ramai orang, ianya juga merupakan makanan wajib bagi orang negeri sembilan. Pasti si suami akan terpikat dengan masakan ini lantas akan melekat berada di rumah sepanjang hari nanti.

Resepi asam pedas: http//kahwinlife.com/asam-pedas

 

Asam Pedas

Bagi si isteri yang mempunyai suami dari negeri Melaka dan Johor, anda boleh cuba masak masakan  ini di rumah. dan jangan lupa letakkan daun kesum bagi menaikkan bau masakkan ini. Isi masakan asam pedas juga boleh ditukar-tukar, seperti ikan (pelbagai jenis), ayam, daging lembu, malah daging kambing. Ikut selera masing-masing.

Resepi asam pedas: http//kahwinlife.com/asam-pedas

 

Cekodok

Jangan ingat masakan seperti daging masak merah, ayam masak kicap dan ikan patin masak tiga rasa je boleh memikat hati suami tercinta. Tak percaya? Cuba isteri di rumah hidangkan cekodok bersama teh tarik kepada si suami dan sertakan dengan satu ciuman kejutan, nescaya si suami akan memberi duit tambahan untuk shopping nanti.

Skip to toolbar