Petua Efektif Untuk Ibu Bapa Kejut Anak Meragam Bangun Pagi

Written by
|

Ibu bapa amat memahami karenah anak mereka yang sukar untuk bangun pagi. Bahkan, episod ini akan berlarutan sepanjang minggu persekolahan.

Antara karenah yang kebiasaannya berlaku seperti menangis dan ada yang memberi alasan seperti demam kerana tidak mahu ke sekolah.

Foto: safebee.com

Walaubagaimanapun, ibu bapa sememangnya arif dengan karenah-karenah sebegini. Namun begitu, ia sering menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa untuk mengejutkan anak mereka bangun pagi tanpa menggunakan cara ataupun teknik yang betul.

 

Bersiap Sebelum Tidur

Foto: wikihow.com

Arahkan anak kita supaya menyediakan keperluan untuk hari esok sebaik-baiknya 30 minit sebeleum tidor.

 

Tidor Lebih Awal

Sesetengah kanak-kanak sukar bangun awal kerana menonton televisyen dan gadget seperti telefon pintar. Justeru itu, ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar mahupun televisyen bagi mengelakkan anak daripada berjaga sehingga lewat malam.

Pastikan Anak Tidur Lena

Foto: thenewdaily.com.au

Elakkan atau usahakan agar anak tidak makan berlebihan atau mengambil minuman berkafein di malam hari. Ini kerana jika anak sukar tidur maka anak akan sukar untuk bangun pagi.

Siapkan Sarapan

Tiada apa yang lebih menggembirakan anak-anak jika ibu bapa menyediakan sarapan kegemarannnya. Aroma masakan itu membuatkan anak terus bangun dari tidur.

 

Ucapkan Syahadah

Foto: notagembira.com

Peluk anak kita setiap kali mereka bangun dari tidur dan ucapkan dua kalimah syahadah di telinga mereka. Bisik kata-kata baik yang anda inginkan kepada anak itu. Insya-Allah mereka akan bersiap mandi tanpa disuruh.

Skip to toolbar