Pulau-pulau Di Malaysia Yang Wajib Anda Lawati

Rehatkan diri dengan menjelajahi pulau-pulau unik ini!

Written by
|

Sempena Hari Perlancongan Sedunia (World Tourism Day) yang akan jatuh pada keesokkan harinya, 27 September, Zilzar Life ingin berkongsi mengenai pelbagai pulau-pulau di Malaysia yang menarik untuk dilawati. Mungkin ada pulau-pulau cantik yang belum anda lawati. Nak tahu lebih lanjut tak?

 

via GIPHY

Malaysia memang mempunyai banyak pulau yang cantik dan menarik oleh itu mencari pulau di negara ini bukanlah sesuatu yang sukar.

Destinasi percutian menarik seperti pulau-pulau cantik yang mempunyai pemandangan indah untuk bergambar bersama tersayang khususnya untuk mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga misalnya, atau mereka yang bercuti bersama keluarga, sudah tentu negeri Sabah dan Terengganu sering diperkatakan sebagai menjadi pilihan utama untuk dilawati.

Jadi, jangan tunggu lagi. Mari kita terus baca intipati yang menarik berkenaan pulau-pulau yang cantik ini.

 

via GIPHY

 

Pulau Kapalai, Semporna, Sabah

 

 

Jarang sekali mendengar nama Pulau Kapalai bukan? Bukan sebab tidak popular tetapi lokasinya yang terletak di kawasan pedalaman yang agak terpencil.

Pulau Kapalai ini terletak di antara Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Paling menarik, terdapat sebuah perkampungan ‘resort’ yang dibina di atas air yang jernih. Anda boleh melihat pelbagai kehidupan marin berenang di dasar terumbu karang.

Untuk gambaran yang lebih terperinci, anda boleh menonton video di bawah yang menunjukkan pengalaman seorang pelancong di Pulau Kapalai itu.

 

 

Pulau Aur, Mersing, Johor

 

 

Lazimnya, apabila bercakap mengenai tempat yang menarik di Johor pastinya Legoland. Asyik ke darat je kan, apa kata kita ke pulau pula selepas ini. Pulau Aur ini terletak di daerah Mersing dan merupakan khazanah yang cukup cantik dan pasti menawan hati sesiapa sahaja yang bercuti di pulau itu.

Menurut laman Sirap Limau, dipetik dari blogger akukahtuah, di sana tidak mempunyai kaunter untuk membeli tiket untuk ke Pulau Aur. Dengan menaiki bot adalah satu-satunya cara untuk ke sana. Selain itu, bagi kaki pancing di luar sana yang berminat untuk memancing di laut dalam, anda boleh merasai sendiri cabaran memancing di Pulau Aur ini.

 

Pulau Bohey Dulang, Sabah

 

 

Terbentuk dari sisa-sia tinggalan gunung berapi purba dan ia merupakan pulau terbesar di Taman Marin Tun Sakaran.

Kawah yang membentuk Bohey Dulang ini dibanjiri dengan air laut yang mewujudkan lagun yang besar sedalam 25 meter.

 

Pulau Gemia, Marang, Terengganu

 

 

Kedudukannya terletak berhampiran Pulau Kapas yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk berkunjung ke sini untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan menikmati pemandangan pantai yang sangat indah.

Tahukah anda Pulau Gemia juga dikenali sebagai ‘Coral Island’ atau ‘Gem Island’ dan lebih menarik juga, pulau ini memiliki panorama matahari terbit yang sangat romantik.

 

Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu

 

 

Pulau Tenggol yang terletak di daerah Dungun ini agak kurang terkenal berbanding pulau-pulau yang lain seperti Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Tetapi, setelah didirikan resort bagi penginapan pelancong, pulau tersebut kian mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan misalnya, ‘snorkeling’ dan ‘diving’.

Terdapat lebih 20 lokasi menyelam yang dapat memberikan pengalaman menarik kepada anda di sana.

Antaranya ialah:

  1. ‘Amazing Grace’
  2. ‘Coral Garden’
  3. ‘Mini Highway’
  4. Pulau Nyireh
  5. Tokong Timor
  6. Tokong Talang
  7. Tokong Burung
  8. Teluk Rajawali
  9. Teluk Air Tawar

 

Pulau Lankayan, Sabah

 

 

Pulau Lankayan tidak popular seperti Pulau Sipadan, namun merupakan resort tropika yang sangat cantik. Untuk pengetahuan anda semua, pulau ini terletak di sebelah barat laut Pulau Borneo dan jarak antara pulau ini dengan Sandakan adalah kira-kira 15 kilometer.

Mungkin pulau ini tidak sebesar pulau-pulau lain di Sabah tetapi kekayaan dan keindahan alam semulajadinya memang menakjubkan. Kepada pencinta alam semulajadi, anda sangat disyorkan untuk datang ke pulau ini dan menikmati sendiri keindahan dan keunikan flora dan faunanya.

Pulau ini juga merupakan tempat penyu bertelur dan kerajaan negeri Sabah turut melarang sebarang aktiviti memancing atau penuaian dilakukan untuk memelihara alam semulajadi di pulau tersebut.

 

Bawa Serasi ‘Daily Sunblock’ Bersama

Akhir sekali, percutian bagaikan tidak lengkap tanpa ‘Daily Sunblock’ keluaran Serasi. Tahukah anda, menjalani aktiviti harian semasa cuaca yang panas terik boleh membuatkan kulit anda terdedah kepada sinaran UV yang akan membuatkan kulit terbakar dan kering tanpa anda sedari. Oleh itu, krim pelindung matahari dari Serasi ini mengandungi mentega shea (shea butter)  dan minyak zaitun yang berfungsi melembapkan dan mengekalkan kesihatan kulit anda.

 

Bagi pelanggan dan pembaca yang berminat dengan krim pelindung matahari dari Serasi, anda boleh membelinya sekarang secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dikuasakan oleh Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Store untuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

 

Skip to toolbar