Resepi Aneka Minuman Jus

Written by
|

Jus Kurma Yogurt

Bahan-bahan :
  • 12 biji kurma
  • 1 cawan air masak
  • 2 cawan susu low fat/fresh
  • 2-3 sudu besar yogurt
Cara-caranya:
Rebus kurma bersama secawan air, keluarkan kurma, buang biji, kisar bersama air rebusan tadi sehingga hancur. Masukkan susu dan yogurt, kisar sehingga sebati. Masukkan ais kiub untuk rasa yang lebih nikmat, siap dihidang.

Jus Avocado

Bahan-Bahan :
  • 1 biji avocado, diambil isinya
  • 1 cawan dlm 250ml susu segar
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu makan gula
  • Coklat cair (Hershey’s Syrup)
Cara-Cara :
Ambil isi avocado dan kisar bersama susu segar, susu pekat dan gula. Boleh tambahkan air megikut cita rasa kepekatan anda. Dalam gelas, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian tuangkan jus tadi. Tambahkan ais kiub ke dalam minuman. Sedia dinikmati.

Jus Kedondong Asam Boi

Bahan-Bahan :
  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya
Cara-Cara :
Rebus 5 biji asam boi bersama 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga larut, kemudian sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula. Masukkan jus limau kasturi dan baki asam boi. Kacau dan biarkan sekejap. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan. Enak diminum sejuk.

Jus Durian Belanda

Bahan-bahan :
  • 500g isi durian belanda
  • 2.5 liter air
  • Gula
  • 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon
Cara-cara :
Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon. Kacau sehingga sebati. Terbaik jika dihidangkan sejuk.

Coconut Shake

  • 1 gelas air kelapa muda (ambil sekali isinya yang muda dan lembut)
  • 1 gelas ais kiub
  • 2 scop aiskrim vanilla
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Nata de coco secukupnya
  • 1 scop aiskrim vanilla  untuk 1 gelas
  • Sedikit choc rice
Sukatan air hendaklah menggunakan gelas yang sama. Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih. Masukkan juga 1 gelas ais kiub. Masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Sukatan susu terpulang mengikut citarasa, jika tidak suka manis kurangkan. Kemudian kisar semua bahan sehingga halus. Sementara itu, dalam gelas masukkan nata de coco. Tuangkan air kelapa yang telah di kisar tadi dan letakkan 1 scop aiskrim dan taburkan choc rice sebagai hiasan. Sedia dinikmati.
Skip to toolbar