Resipi Ala Tomyam Sedap Dari Thailand Dengan Serbuk Perencah Lengkap Jenama Sudee

Written by
|

Tomyam, tomyam, tomyam, mendengar sahaja nama juadah ini pun mampu membuatkan kita yang kenyang ini menjadi lapar semula. Juadah yang berasal dari Thailand ini sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia zaman-berzaman.

Lagi pula, juadah ini kebiasaannya dihidangkan sebagai lauk semasa makan tengahari ataupun malam. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis tomyam sebenarnya dan bukan hanya satu jenis sahaja.

 

Tomyam Kung ต้มยำกุ้

Tomyam Kung ini sangat popular di kalangan pelancong asing yang berkunjung di Thailand dan tomyam ini bole didapati di Malaysia juga. Kuahnya berwarna kemerah-merahan dan mempunyai udang.

 

Tomyam Pla ต้มยำปลา

Tomyam pla ini bercirikan rebusan sup berwarna putih dan mempunyai lauk seperti ikan.

Dikatakan Tom Yam jenis ini sangat popular di Thailand satu ketika dahulu sebelum kemasukan pelancong secara besar-besaran ke Thailand.

Antara jenis ikan yang digunakan dalam masakan ini adalah ikan segar air tawar dan juga ikan air masin. Namun ikan air tawar lebih menjadi pilihan kerana ikan jenis ini tidak mudah hancur apabila direbus manakala ramuan rempah akan digunakan bertujuan menghilangkan bau hanyir ikan.

 

Tomyam Kai ต้มยำไก่

Tomyam jenis ini bercirikan air rebusan sup berwarna putih, ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut dan tomyam ini turut diletak bersama hirisan lengkuas.

 

Tom Yam Por Thek/Pok Tek ต้มยำทะเล

Tomyam jenis inilah yang sangat popular di Malaysia. Dalam tomyam ini terdapat pelbagai cebisan seperti sotong,ayam, udang. Di Thailand ianya dikenali sebagai Tomyam Por Thek Thale.

 

Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น

Tomyam Nam Khon adalah variasi tomyam jenis baru, ini kerana kuahnya telah dimasak bersama santan dan menjadikan rasanya lebih pekat berbanding jenis tomyam lain.

 

Tom Yam Kung Mak Phrao On Nam Khon ต้มยำกุ้งมะพร้าวอ่อนน้ำข้น

Tom Yam jenis ini agak menarik kerana terdapat isi kelapa muda yang dimasak bersama lauk udang dalam satu hidangan. Di Thailand mereka menghidangkan Tom Yam jenis ini di dalam buah kelapa muda.

 

Tom Yam Kha Mu ต้มยำขาหมู (Tidak Halal)

Tom Yam jenis ini menggunakan daging yang tidak halal. Lazimnya daging yang digunakan adalah pada bahagian kaki. Tom Yam jenis ini turut terdapat di Laos dan merupakan hidangan tradisi bagi sesetengah tempat.

 

Tetapi, pernah tidak anda terfikir bahawa mengapa tomyam yang kita masak dirumah itu tidak sama sekali dengan tomyam yang kita makan di kedai? Ini kerana ianya dimasak oleh tukang masak dari Thailand dan sudah tentu sekali rasanya amat berbeza.

Tidak  mengapa, dah bersedia nak masak tomyam sedap ala ala Thailand? Anda boleh cuba dengan menggunakan serbuk perencah jenama Sudee kerana ia menjimatkan masa, jimat wang, jimat tenaga. Dalam bahasa mudah, dengan Sudee mesti jadi.

Dengan perencah Sudee, anda tidak perlu bersusah payah ke sana untuk mencuba kelazatan tomyam, masak sahaja di rumah dengan menggunakan serbuk perencah lengkap tomyam jenama Sudee

 

Sudee Tomyam

 

 

Tunggu apa lagi, dapatkan sekarang pelbagai perencah yang terdiri daripada 14 jenis makanan popular tempatan seperti:

  1. Perencah Sup
  2. Masak Merah
  3. Masak Kurma
  4. Kari Laksa
  5. Kari Daging
  6. Kari Ikan
  7. Masak Kicap
  8. Masak Lemak Cili Api
  9. Rendang Daging
  10. Padprik
  11. Sambal Tumis
  12. Sup Berempah
  13. Tomyam
  14. Asam Pedas
  15. Asam Laksa

 

Bagi pelanggan dan pembaca yang berminat mahu mencuba dan merasai sendiri kesedapan dan kelazatan perencah lengkap jenama Sudee ini, anda boleh membeli sekarang secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dibawakan oleh Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Storeuntuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

Jenis-jenis tomyam: http//vitdaily.com/tomyam

Gambar dari: http//vitdaily.com/tomyam

 

Skip to toolbar