Rupa-Rupanya Ini 5 Tempat Percutian Menarik Untuk Menghilangkan Stress Di Selangor Dan Kuala Lumpur

Written by
|

Assalamualaikum kepada semua pembaca Zilzar Life, sempena meraikan hari “Stress Awareness Day”, hari ini kami ingin berkongsi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pasangan yang sudah berkahwin mahupun yang sudah berkeluarga untuk bercuti sambil menghilangkan stress dari kesibukan kerja.

Masa pantas berlalu, sedar atau tidak, kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2018. Sudah sampai masa untuk kita menjauhi kesibukan kota.

Ini lah masa yang paling sesuai untuk anda gunakan ‘Annual Leave’ itu untuk pergi bercuti bersama keluarga ke negeri Selangor. Kenapa Selangor? Ini kerana Selangor terkenal sebagai destinasi pelancongan di Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk percutian keluarga.

Lebih menarik, boleh dikatakan kalau anda melancong ke Selangor ini ibarat anda melancong ke seluruh Malaysia tau, seronok kan!

Jangan tunggu lagi, berikut merupakan lokasi yang sesuai untuk bercuti bersama seisi keluarga.

Sunway Lagoon

Rasai sendiri pengalaman berada di pantai berpasir dan berluncur dengan gembira. Selain itu, terdapat jambatan gantung yang terpanjang di dunia untuk laluan pejalan kaki dan ‘flying fox’ terpanjang di Asia.

NICKELODEON LOST LAGOON

SUNWAY LAGOON WATER PARK

SUNWAY LAGOON SCREAM PARK

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema air yang terletak di Petaling Jaya, masa perjalan tidak kurang dari 20 minit dari Kuala Lumpur. Lebih menarik, mempunyai lebih 80 jenis taman yang menjadi tarikan pelancong terdiri daripada Taman Air. Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, dan Taman Ekstream.

WET WORLD

Merupakan taman tema air pertama di Shah Alam yang terletak di pinggir Tasik Shah Alam.

Antara permainan menarik dan menjadi tarikan seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island.

Bangi Wonderland

 

Lokasinya sangat strategik kerana berada di antara Bangi dan Kajang serta berhampiran susur keluar Bukit Mahkhota Lebuh Raya Utara-Selatan.

Menawarkan 15 tarikan permainan berasaskan air iaitu Boomeriang, Water Cannon, Spiralax, Body Slide, The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.

Yang menjadi tarikannya ialah Wonder Loop. Magic Funnel, Green Pearl, Pirates Bay, Kids Adventure, Meander river, Typhoon River dan Pirate Spa.

Kidzania Kuala Lumpur

Lokasinya terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Kidzania merupakan tempat menarik khususnya untuk kanak-kanak merasai pengalaman bekerjaya seperti orang dewasa.

Menarik bukan? anda boleh membawa anak-anak anda untuk merasai sendiri berada di sebuah bandar kecil yang lengkap dengan hospital, salon kecantikan, hospital, stesen radio, studio TV, teater dan banyak lagi tau.

Terdapat 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Mereka akan bekerja dan diberikan gaji. Wang yang diterima dalam bentuk mata wang KidZania dipanggil KidZos, boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana  kedai di dalamnya. Aktiviti KidZania ini sesuai untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Gold Coast Morib Water Theme Park

Terletak tidak jauh dari banyak tempat menarik seperti Pantai Morib, Pantai Bagan Lalang dan Pantai Kelanang, memilih Gold Coast Morib Water Theme Park sebagai destinasi percutian anda adalah satu pilihan yang tepat.

Cukup padat dengan pelbagai jenis kolam dan permainan gelongsor air yang menarik untuk memenuhkan hari anda. Bagi anda yang menginap di Morib Gold Coast, kebiasaannya anda boleh mendapatkan pakej penginapan dengan tiket masuk ke dalam taman tema air.

Lindungi Kulit Wajah Dengan Produk Solipsistic

Keadaan cuaca yang panas dan tidak menentu memberikan kesan buruk kepada kulit wajah. Oleh itu, gunakan ‘Rose Glow Tonic’ jenama Soliplistic yang bukan sahaja boleh mengecilkan liang pori terbuka yang menjadi penyebab kepada kulit berminyak dan bintik hitam, malah ia juga mencerahkan kulit wajah supaya nampak segar dan bertenaga.

Bagi pelanggan dan pembaca yang berminat dengan ‘Rose Glow Tonic’ jenama Solipsistic, anda boleh membeli sekarang secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI yang dibawakan oleh Zilzar Life.

THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji, Malaysia. Muat turun sekarang secara percuma di Google Play atau App Store untuk menikmati pengalaman menarik membeli-belah produk halal dan jenama lokal secara ‘online’.

 

Gambar: Sunway Lagoon, Wet World, Bangi Wonderland, Kidzania Kuala Lumpur, Goald Coast Morib Waterpark.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Skip to toolbar