Selamat Jalan Tahun Lalu, Selamat Datang Tahun Baru. Apa Azam Anda?

Written by
|

Enam hari telah pun berlalu setelah kita mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2018, hari ini merupakan hari ketujuh kita pada tahun 2019. Telah banyak peristiwa manis, suka, duka sepanjang tahun lalu. Semoga tahun ini menjadikan kita  insan yang lebih baik kerana tahun ini merupakan lembaran baru bagi kita semua.

Apabila bercakap berkenaan tahun baru, ia sering kali berkait rapat dengan azam baru untuk memperbaiki diri dari segi kerjaya, kehidupan mahupun peribadi. Detik 12 tengah malam telah berlalu, pesta bunga api telah berakhir.

Foto – Astro Awani

Persoalannya, sudahkah anda menanam azam baharu? Mana mungkin seseorang itu tidak mempunyai azam baru pula bukan?

Bagi mereka yang tidak dapat menunaikan azam tahun sebelumnya, tidak mengapa. Berusaha lebih pada tahun ini untuk mencapai segala azam supaya tercapai. Jangan mengalah dan pedulikan kata-kata mereka yang mahu melihat anda jatuh.

 

Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Sebagai contoh, mungkin ada di antara perokok tegar mahu menanam azam baru untuk mengurangkan menghisap rokok seterusnya berhenti merokok. Ini sesuatu perkara yang baik, hidup anda lebih sihat dan bermakna jika anda hindari diri dari rokok.

 

Mengurangkan Berat Badan

Ini merupakan azam paling popular tapi sukar ditunaikan jika tidak mempunyai semangat yang kuat tetapi makanan yang banyak di depan mata seringkali menjadi batu penghalang untuk mengurangkan makan.

 

Mengurangkan hutang bank atau peribadi

Cuba selesaikan hutang secepat mungkin selagi kita masih hidup kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini.

 

Lebihkan Masa Bersama Keluarga

Memang elok sangat tanam azam tahun baru untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga kerana tahun sebelum ini asyik sibuk dengan kerja dan tak ingat langsung nak bawa anak isteri bercuti atau meluangkan masa lebih banyak bersama mereka. Ketahuilah bahawa wang ringgit boleh dicari tetapi kebahagiaan sebenar adalah apabila dapat melihat anak-anak membesar depan mata.

 

Melancong

Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Elok juga pergi melancong daripada terperuk di tempat sendiri sejak lahir. Pergi melancong dapat membuka sedikit minda kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

Skip to toolbar