Senarai Makanan Thailand Yang Berjaya Memikat Hati Orang Malaysia

Written by
|

Bila cakap pasal makanan, terlalu banyak tempat yang mahu dikunjungi. Bahkan terlalu banyak makanan yang mahu dirasai, bukan terhad terhadap makanan yang berada di dalam negara sahaja tetapi turut di luar negara juga terutamanya negara Thailand yang berjiran dengan Malaysia.

Sejak dahulu lagi terdapat pelbagai makanan dari Thailand yang menjadi semakin popular di Malaysia. Entah kenapa tiba-tiba saja mahu mengimbau kembali kenangan masa zaman kanak-kanak dulu apabila duduk semeja dan makan bersama keluarga, antara juadah yang ada pada ketika itu seperti tom yam campur, sup gear box dan juga telur bistik.

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai juadah popular dari Thailand di Malaysia dan ianya menjadi kegilaan rakyat tempatan terhadap kelazatan masakan dari negara jiran ini.

Miang Kham

Foto – Hot Thai Kitchen

Miang Kham merupakan hidangan ‘appertizer’ Thailand yang memang lazat dan mudah untuk disediakan. Ia seperti makan sirih di Malaysia tetapi jenis bahan yang diisikan membuatkan ianya mempunya pelbagai rasa yang terkandung di dalam bungkusan daun kaduk itu.

 

Pad Thai

Foto – funwithoutfodmaps

Pad Thai ini merupakan hidangan yang sangat mudah didapati di negara gajah putih. Ini kerana ia merupakan makanan yang sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan di jalanan di Thailand. Ia juga merupakan makanan wajib dicuba apabila anda berkunjung ke sana.

 

Som Tam

Foto – NDTV Food

Hidangan ala salad dari Thailand ini bukan sahaja menyelerakan bahkan ianya penuh dengan perisa masam, manis, masin dan pedas. Perasa ini yang menaikkan selera makan anda dan pada masa yang sama menjaga berat badan anda.

 

Phat Krapao

Foto – TripAdvisor

Nasi daging Pad Krapao bukan sesuatu yang asing lagi bagi penggemar makanan Thai yang menyukai sentuhan rasa daging lembu pedas yang dihidangkan sekali bersama nasi dan telur mata enak.

 

Pla Neung Manao

Foto – Urban Thai

Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai ikan kukus limau nipis. Rasanya yang masam, manis, dan pedas sungguh membuka selera anda. Tak percaya? Anda boleh mencubanya sendiri di rumah.

 

Pulut Mangga

Foto – Wanista

Tengok sahaja dah terpesona dengan kesedapan rasa manga yang berlemak dan warnanya yang kekuningan itu menarik kita untuk merasai keenakan pulut mangga ini kan. Kombinasi utamanya ialah pulut yang manis dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya dan dipandankan pula dengan manis buah mangga.

Jelas sekali keenakan hidangan Thailand sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Bukan saja rasa masakannya yang melazatkan tetapi hidangannya cukup menyelerakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Skip to toolbar