Sentuhan Kreatif The Designer Shop Menyerikan Hiasan Dalaman Rumah

Written by
|

Istilah atau ungkapan Baiti Jannati (rumahku syurgaku) jelas menunjukkan betapa pentingnya mempunyai rumah dalam kehidupan seorang individu yang berkeluarga ataupun hidup sendirian.

Tetapi mempunyai rumah juga tidak bererti sudah memadai jika tidak mendekorasikan dinding pada ruang tamu.

Ini kerana, rumah yang dilengkapi dengan hiasan pada dinding kelihatan lebih menarik berbanding polos. Hiasan dinding juga menjadi elemen penting dalam seni rekaan dalaman hingga menzahirkan keindahan tersendiri.

Dinding biasanya menjadi titik tumpu dalam setiap rumah dan hiasannya yang sentiasa mencuri perhatian.

Jika anda tidak tahu menahu di mana untuk membeli dekorasi seramik yang cantik untuk dinding rumah anda, kami mengesyorkan anda untuk membeli dari The Ceramic Designer kerana mereka tahu apa hiasan yang sesuai dengan rumah anda.

The Ceramic Designer mempunyai pelbagai pilihan daripada hiasan pada dinding, ruang tamu dan banyak lagi, antaranya ialah:

  • Rustic-Finishes
  • Artistic-Glazes
  • Recycle-Greenkaca
  • Ceramic-Murals
  • Islamic-Zikirs/Motives
  • Malaysiana-Motives
  • Heritage-Series

Bagaimanapun, hiasan pada dinding tidak semestinya mahal dan mewah. Hasil karya tangan sendiri pun boleh dijadikan hiasan dinding sebagai menghargai kreativiti sendiri.

Skip to toolbar