Sulit Mencari Makanan Halal Di Taiwan? Aplikasi Halal T.W Bantu Pelancong Muslim

Written by
|

Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Hari ini Zilzar Life ingin membawa anda terus ke bumi Taiwan. Bagi mereka yang berkeinginan menjejakkan kaki ke Taiwan, artikel ini diharap dapat membantu anda untuk mengenali sedikit sebanyak destinasi menarik dan yang paling penting sekali ialah dapat mengetahui lokasi makanan sedap yang dijamin halal di seluruh Taiwan.

Apabila menjejakkan kaki di negara orang, Selain melawat destinasi menarik, antara tujuan lain adalah untuk merasai sendiri pelbagai makanan lazat yang tidak boleh didapati di Malaysia seperti Mee Kuah Sapi, omelet tiram, misoa kuah usus dan macam-macam lagi.

Mee Kuah Sapi

 

Misoa Kuah Usus

Omelet Tiram

 

Aplikasi Halal.TW

Terlalu banyak makanan lazat yang mampu membuatkan anda terliur tetapi persoalannya, adakah ianya di jamin halal bagi kita yang beragama Islam. Usah khawatir, tidak sulit untuk mencari makanan halal di Taiwan apabila anda menggunakan aplikasi Halal.TW. Aplikasi ini bukan sahaja menyenaraikan masjid, surau atau lokasi yang dibuka kepada pelancong Islam untuk menunaikan solat malah turut menyenaraikan restoran dan hotel yang mendapat pengiktirafan dan sijil makanan halal.

 

Gambar dari: travel.taipei,

 

 

 

 

Skip to toolbar