Terjemahan Doa Antara Dua Sujud

Sungguh menyentuh hati jika betul-betul dihayati.

Written by
|

Jika didalami seikhlas hati, setiap bacaan yang terdapat di dalam solat kita mempunyai maksud yang sangat menyentuh hati. Begitu juga dengan bacaan doa diantara dua sujud yang mempunyai makna yang amat mendalam. Hayatilah terjemahan di bawah dan ingatinya setiap kali kita lafazkan bacaan antara dua sujud.

 

 

 

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ   

 

“Robbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahgdinii wa’aafinii wa’fu ‘annii”

 

 

TERJEMAHAN:

 

 

 

RabbighfirliTuhanku, ampunilah aku

 

Ya Allah, ampunilah semua dosa-dosaku. Hamba hanya manusia berlumuran dosa yang tidak luput dari kesalahan, sedangkan Engkau adalah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, ampunilah dosa-dosaku dan jauhilah hamba dari segala macam perbuatan dosa.

 

 

 

 

WarhamniKasihinilah aku

 

Sayangilah hambaMu yang lemah dan tak berdaya ini. Sesungguhnya tanpa kasih sayangMu aku bukan lah sesiapa.

 

 

 

 

WajburniCukupkanlah segala kekuranganku

 

Ya Allah, cukupkanlah segala kekuranganku. Jangan sampai hati ini selalu merasa kurang dan perasaan itu yang akan selalu menyeksaku malah semakin menjauhkan aku dariMu Ya Allah. Jadikan hamba orang yang selalu bersyukur atas apa yang Engkau berikan kepadaku, baik itu wujudnya yang manis ataupun pahit.

 

 

 

 

 

Warfa’niAngkatlah darjatku

 

Tingkatkan pangkat iman dan taqwa ku dihadapanMu Ya Allah. Dan angkatlah darjatku di hadapanMu Ya Allah.

 

 

 

 

 

WarzuqniBerikan rezeki kepadaku

 

Berikanlah hambamu rezeki yang melimpah-ruah dan mudah-mudahan Engkau berikanlah kepadaku nikmat yang agung, iaitu nikmat iman dan Islam.

 

 

 

 

WahdiniBerikan aku petunjuk

 

Tunjukkanlah jalan Islam yang benar dan lurus kepadaku Ya Allah. Jangan biarkan aku tersesat saat menempuh perjalanan duniawi yang penuh cubaan dan dugaan ini. Berikanlah aku keteguhan dan kekuatan iman yang kukuh.

 

 

 

 

 

Wa’afiniBerikan kesihatan kepadaku

 

Betapa besarnya nikmat sihat yang Engkau berikan kepadaku selama ini. Mudah-mudahan sihatku ini bisa aku gunakan untuk beribadah kepadaMu bukan untuk menentang perintahMu. Sihatkan pula rohaniku, bersihkan hambamu ini dari segala penyakit hati yang boleh merosakkan iman di dalam dadaku.

 

 

 

 

 

Wa’fu’anniBerikan keampunan kepadaku

 

Ampunilah segala kesalahan dan dosa-dosaku. Tanpa keampunanMu, celakalah hambaMu ini Ya Allah. Jangan biarkan hamba mengulang kesalahan yang sama.

 

 

Sumber: zayan.my

By: Suraya Sidek

 

Skip to toolbar