THiJARI Powered by Zilzar Life Berwajah Baru

Aplikasi mudah alih kegemaran Muslim moden.

Written by
|

Aplikasi mudah alih rasmi Lembaga Tabung Haji yang dikuasakan oleh Zilzar Life kini berwajah baru! Baru sahaja dilancarkan pada Selasa, Mei 22, 2018, aplikasi ini telah pun berjaya meraih sebanyak 1,140 pengguna. Hebat!

 

Sumber: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.thijari.newsApp&hl=en 

 

THiJARI Powered by Zilzar Life

Aplikasi Rasmi Lembaga Tabung Haji Malaysia

Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH) telah memperkenalkan aplikasi THiJARI sebagai usaha untuk mempelbagaikan perkhidmatan interaktif dalam talian tanpa sempadan.

Menyedari jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang tinggi dan peningkatan jumlah pendeposit TH dari kalangan Gen-Y, TH mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan atas talian demi kemudahan dan keselesaan pendeposit TH.

 

Aplikasi ini menawarkan pelbagai kemudahan bagi kegunaan pendeposit TH

  • Membolehkan pendeposit menyemak status pendaftaran dan tawaran Haji
  • Membolehkan pendeposit mengemas kini urusan akaun TH,
  • Menawarkan perkhidmatan MyQ TH di mana pendeposit boleh mendapatkan nombor giliran secara dalam talian dan memilih cawangan TH berdekatan bagi membuat urusan di kaunter tanpa perlu menunggu untuk tempoh lama.

 

Kini, inisiatif usahama terbaru TH bersama Zilzar Life adalah untuk menjadikan THiJARI aplikasi komprehesif dan perlu-ada bagi pendeposit TH serta seluruh penganut agama Islam di Malaysia.

 

Aplikasi ini juga kini dikenali sebagai THiJARI Powered by Zilzar Life dan menawarkan pelbagai informasi dan perkhidmatan interaktif untuk penganut agama Islam di Malaysia termasuk:

 

Artikel dan video informatif, kalendar Islam, waktu solat, kandungan al-Quran, penunjuk arah kiblat, pencarian restoran halal serta masjid, jadual majlis/ceramah agama diiktiraf dan pelbagai perkhidmatan Iain yang melengkapi gaya hidup moden penganut agama Islam di Malaysia pada masa kini.

 

Platform ‘bazaarKITA’ iaitu e-Pasaran pertama bagi jenama Halal & Muslim tempatan di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu jenama Halal & Muslim tempatan memasarkan produk mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih luas melalui platform dalam talian. Pengguna pula boleh membeli pelbagai rangkaian produk berkualiti tinggi dan disahkan Halal dengan mudah dan selamat.

 

Kategori produk termasuk fesyen patuh syariah bagi wanita, lelaki, kanak-kanak, produk kecantikan & kesihatan Halal, produk makanan & minuman Halal, dekorasi & bahan ilmiah Islamik, keperluan ibadah & lain-lain.

 

Aplikasi THiJARI Powered by Zilzar Life boleh dimuat turun melalui Google Play secara PERCUMA!

 

Oleh: Suraya Sidek

Skip to toolbar