Tips Bantu Hijabis Menggosok Tudung Mengikut Jenis-Jenis Tudung

Written by
|

 

via GIPHY

Dewasa ini, evolusi penggayaan pelbagai jenis tudung bukan lagi sesuatu yang baru, malah semakin dipelbagaikan mengikut idea dan kreativiti individu yang menggayakannya.

via GIPHY

Bagaimanapun, tidak ramai hijabis yang tahu bahawa setiap jenis tudung berbeza jenis penjagaan dan suhu yang digunakan untuk menggosok  jenis kain atau fabrik yang digunakan pada tudung.

via GIPHY

Menggosok tudung bukan semudah menggosok baju harian yang kita gunakan. Sebelum menggosok tudung , iron yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok bagi mengelakkan kerosakan seperti terbakar pada tudung kesayangan kita.

via GIPHY

Sila ikuti cara menggosok dengan pelbagai jenis fabrik tudung:

Tudung Lycra

Tudung lycra merupakan antara tudung yang terbaru dan sememangnya mudah untuk digunakan. Untuk pengetahuan hijabis semua, tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana kerana struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.

Tudung Bawal

Berkenaan tudung bawal, jika tudung itu mempunyai sulaman atau manik, Hijabis hanya perlu menggosok bahagian belakang sulaman. Suhu pula mestilah tidak terlalu panas. Jangan lupa untuk mengunakan semburan air bercampur perlembut supaya memudahkan lagi gosokan pada tudung.

Selendang Kapas Spandex

 

Selendang ini perlu digosok dengan menggunakan suhu empat atau lima kerana kain atau fabriknya yang kasar dan keras mampu menahan kepanasan.

Tudung Awning Bermanik

Sama sahaja dengan tudung awning yang lain, bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan ini akan menyukarkan proses untuk kita menggosok. Tetapi jangan risau, anda hanya perlu menggosok dengan menggunakan suhu perlahan kerana jika suhu terlalu kuat bakal meninggalkan kesan pada tudung.

via GIPHY

Nota: Kaedah dry clean adalah sangat baik, guna suhu rendah dan sederhana sahaja.

Selendang Licin

 Penulis jujur berkata bahawa corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang agak licin.

Sungguhpun begitu, ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain kasar.

Bagusnya mengenai selendang ini kerana bersifat sejuk dan sukar berkedut. Manakala, suhu yang sesuai untuk selendang ini untuk digosok ialah dua atau tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat kepanasan.

 

Skip to toolbar