Tips Mudah Mengajar Anak Beribadat Kepada Allah SWT

Written by
|

Mengajar anak menghayati seruan azan

Sewaktu azan berkumandang, pesan kepada anak-anak kita supaya diam dan mengajar mereka cara untuk menjawab azan dan doa setelah azan habis berkumandang.

Jelaskan pada anak-anak kita bahawa azan merupakan seruan kepada umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan solat dan beribadat kepada Allah SWT.

Ketika mahu menunaikan solat, ajari anak untuk azan dan iqomah. Perkara ini sedikit sebanyak mampu memberi semangat kepada mereka untuk beribadat kepada Allah SWT.

Mengajar anak cara berwhuduk dengan betul dan tertib

Beritahu anak-anak kita bahawa sebelum menunaikan solat, wajib mengambil wudhuk terlebih dahulu. Ajari mereka niat dan cara berwudhuk dari awal hingga akhir dengan tertib.

Cara lain untuk membuat anak kita lebih memahami cara hendak berwhuduk ialah dengan menampal poster berwhuduk dan doanya sekali.

Suntik kata-kata pujian kepada anak-anak kita

Beri pujian kepada mereka supaya mereka lebih gemar mengerjakan solat yang sememangnya dituntut oleh Allah.

Misalnya, “Alhamdulillah, berseri-seri muka anak Ummi ni selepas mengerjakan solat. Macam ni baru Ummi sayang”

Jangan lupa untuk memeluk anak anda selepas kata pujian itu dilontarkan supaya mereka rasa apa yang anak kita kerjakan di hargai oleh ibu bapa.

Dengarkan bacaan ketika solat

Semasa menjadi imam ketika solat berjemaah bersama keluarga, lafazkan surah Al-Quran yang kita baca sedikit kuat dan dapat didengari dengan jelas oleh anak kita.

Namun ingin diingatkan supaya memilih surah pendek agar anak kita mudah fokus dan tidak menganggu perhatian mereka.

Sering membawa anak ke masjid untuk solat berjemaah

Biasakan anak kita untuk solat berjemaah di masjid. Ini adalah cara paling baik untuk tanamkan rasa cinta kepada Allah dengan menunaikan solat di masjid.

Terlebih dahulu, ajar anak kita tentang pantang larang pemakaian ketika hendak ke masjid serta mengenai tingkah laku ketika berada dalam rumah Allah.

PIX: indahnyaislam.my

Jika anak kita sukar dikawal, jangan sesekali memarahi dia, beri nasihat dengan lembut dan jaga pertuturan kita.

Sediakan ruang solat khas di rumah

PIX: http://miezipro.com

Di dalam ruang itu, tampalkan pelbagai poster berkenaan solat berwarna-warni untuk mendorong minat anak kita untuk masuk ke ruangan solat dan beribadat.

Hadiahkan kelengkapan solat

via GIPHY

Anak kita pasti melonjak keriangan apabila menerima hadiah kelengkapan solat yang cantik dan bersih. Ini mendorang anak anda untuk lebih bersemangat dan seronok mengerjakan solat setiap hari.

Selain itu, kita boleh sahaja mengajak anak untuk membeli kelengkapan solat mereka. Dengan ini mereka boleh membeli kelengkapan solat mengikut pilihan kesukaan.

Semoga usaha murni kita untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan ibu bapa baik di dunia dan di akhirat

Skip to toolbar